*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Parent & kids’ Category


Jane (Tarzan) di Bangi???

Oct 3, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Parent & kids

Salam…

Selaltu tengok cerita Tarzan? Kan ada pasangan si Tarzan tu. Apa ke nama dia? Jane ke? Ok, Cik Yut mmg tak ingat. Tapi rasa-rasanya Jane lah kot..hahaha…

Hah…… korang ingat Jane awek si Tarzan tu ada kat hutan je ke?? Kat Bandar Baru Bangi ni pun dah sesat satu Jane dah. Tah dari mana dia datang tah…. Tapi perangai dia CIk Yut rasa, kalah bopren di si Tarzan tu. Si Jane Bangi ni suka sgt panjant sana, panjat sini..

Hari ni mmg haru…. Udahle selama ni ku tgk dia memanjat. hari ni dia pi bantai gayut aje… Adooooi aai…. Walaupun berlaku kerosakan tapi yg penting ialah si Jane Bangi ni masih lagi bernyawa. Takut gak dia patah riuk sbb dok bergayut aje..

Cuba tgk apa hasil dari kepandaian dan kepakaran si Jane nih….

Naaah…ambik ko.. Kan dah patah dua. Tah zaman bila lah gamaknya tuan rumah ni nak ganti yang baru.. Tunggu raya tahun depan boleh tak?? Tak pun paw Atuk dengan Wan si Jane tu.. Ish…. Marah ke Cik Yut dgn si Jane tu?? mmm.. Takde maknanya nak marah. Benda dah jadi. I cuma jerit, nape tah patahkan gigi sekali!! Yela, kalu patah gigi dia, mesti lah dia serik sikitkan nak buat aktiviti panjat memanjat dan gayut bergayut tu….

Ni budak si Jane tu….

heeeee..geram!! Rasa nak gigit aje. (mmg kena gigit tiap2 hari dgn Ibu!!)

Journal Kehamilan : @32weeks….

Sep 28, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Parent & kids

Salam…

Alhamdulillah. Sampai juga ke trimester terakhir. Tinggal lebih kurang 7 minggu saja lagi. Kalau diikutkan hati, mmg tak larat dah nak bawa badan dan perut ni. Tapi digigihkan juga. Rasa-rasa nak gi apply cuti je kat bos. “Bos, boleh tak nak apply cuti awal skeet” heheh… >_<

I’ve been so lazy and sleepy lately. Rasa dah cukup dah tidur. Tapi nak gak tidur dan tidur lagi. Bahagian belakang dah berat sgt dah. Nak masuk kereta tu, mengucap panjang le dulu. Nak layan budak berdua ni mmg dah tak kose. Korang buat la apa korang nak buat, ibu tak kisah. Tapi kengkadang kena gak jerit kat budak berdua nih. Selalu over-acting tau! Ni sekarang ni kerja diorang dok panjat kerusi meja. Lantak.. Kalau jatuh, nasiblah. Maknya mmg tak kose….

Dah dlm 32 minggu ni, aktiviti si kenit sememangnya semakin lama semakin lasak. Tak tau dah buat kungfu gaya apa tah kat dalam perut tu. Tah aktiviti olahraga apa yg dia buat setiap hari. Semalam dia pi tolak perut ke atas. Udahnya, Cik Yut kena angin..rasa pedas je tekak. Nak makan pun tak selera. Satu hari suntuk dok lagu tuh.. Ish, sekarang toksah cerita tahap kemalasan melampau Cik Yut. Kain2 yang dah siap dipotong sebelum raya hari tu masih belum bercantum. Ada tak org nak tolong Cik Yut jahitkan? huhuhu….

Harap2 Cik Yut tak ngikut sgt perasaan ni. Kalu tak, alamatnya tak berbarut dengan berbedung le si kenit!! hahaha… Pakai le yg lama dik ye. Ibumu ni dah jadi sangat malas dah. Dah tercakap pasal barut dan bedung, barang2 si kenit masih belum disusun. Dalam kepala dok pikir, dulu aku siapkan barang masa bile eeek??? Dah nak dekat bersalin ke? Adoooi aaai…. Sok siang kat klinik nak print out list. Rasanya dah boleh mula siapkan beg segala dah ni. Nak siapkan katil si kenit lagi. Kali ni ada extra katil. Nanti dah siap pasang, Cik Yut tunjuk.. hehehe.. Lama dah sebenarnya cari katil ni. Dari masa Azzalea lagi.

Ok..mau titun..(tidur lagi!!)..Jumpa sok pagi ye..heheh…

PESANAN BUAT SUAMI

Sep 13, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Motivational, Parent & kids

Salam…

Artikel ini ditulis oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (tapi telah diolah semula dgn gaya bahasa yg lebih santai)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

 

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta