*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Healthy Life’ Category


Pendaftaran ‘Becoming Succesful WAHM’ ditutup!

Nov 28, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life

Salam…

Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran untuk sesi yang akan dibuat oleh Kak N pada 4 Dis nanti. Buat teman2 yang telah mendaftar, nantikan email invitation ye. Tuan punya badan yang akan hantar. Freegift  telah disediakan untuk peserta yang berdaftar sahaja. Buat yang tidak berkesempatan untuk mendaftar pada sesi ini, insyaALLAH akan ada sesi seterusnya pada masa akan datang..

Banyak lagi rancangan sedang difikirkan buat pengguna SHAKLEE! Jadi, nantikan kehadirannya.

Sampai jumpa lagi!

mmm… betul ke?

Oct 5, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life, Parent & kids

Salam…

Saya bukan nak ulas perkara ni. Saya tidak hak untuk buat ulasan mengenai apa yang dah berlaku. Sebabnya apa yang dah berlaku, sudah pun berlaku. Saya cuma terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang boleh menjadi iktibar buat saya dan teman2 semua.

Wajah anak kebiruan

Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my
2010/10/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir di sini.

ALYSA...ditahan di wad
ALYSA…ditahan di wad

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, Alysa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia empat tahun, Mohd Hanafi, serta seorang anak jiran di ruang tamu rumah nenek mereka apabila tiba-tiba dipercayai dia tertelan bateri sel kering bersaiz AAA.

Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa.

“Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri bersaiz AAA.

Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan. “Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan.

“Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan,” katanya. Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit.

Difahamkan, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil.

Kalau baca sekali mmg tak nampak apa salahnya dari berita kat atas ni. Tapi lepas baca 2-3 kali, baru perasan. ooooh… Ni yg org kita selalu buat.

Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal

Apa yang sepatutnya kita buat bila bayi tercekik??

Panduan ini dipetik dari BSMMc UiTM

Rawatan kecemasan bagi kanak-kanak yang tercekik (Umur 1 – 8 tahun):

  • Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
  • Lakukan tujahan di perut dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti video di atas berulang-kali sehingga bendasing itu terkeluar.
  • Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar sepertimana kaedah bagi perempuan yang mengandung.
  • Jika kanak-kanak itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Rawatan kecemasan bagi bayi yang tercekik dan dalam keadaan sedar (Umur tidak lebih 1 tahun):

  • Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.
  • Jika tiada tindakbalas, beri 5 tepukan di belakang.
  • Kemudian beri 5 tekanan di dada.
  • Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada.
  • Jika bayi itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Elakkan mengorek dengan jari – tu adalah kesilapan yg dilakukan oleh nenek mangsa dan mungkin sebahagian dari kita. Bila dah panik, semua nak diselesaikan dengan cepat. Mungkin itu yang menyebabkab bateri itu langsung masuk ke perut kanak-kanak malang itu. Tapi alhamdulillah, si kecil masih legi bernyawa. Semoga kita mendapat pengajaran dari peristiwa ini!

Sampai jumpa lagi!!

Mantan PM di hospital

Oct 2, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Healthy Life, What's Hot

Salam…

Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke hospital di Melbourne. Saya mendoakan Tun cepat sembuh dan kembali semula ke tanahair selepas selesai semua urusan beliau di sana.

Moh baca dari Harian Metro…

Dr Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne

2010/10/02

MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan “batuk dan selesema”.

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth. Dalam jawapan melalui SMS, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.
Dr Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lalu untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.
Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik “Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?” (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).
(1Malaysia ialah prinsip yang digariskan untuk membina sebuah negara yang bersatu dan progresif pada Abad ke-21 melalui pemupukan semangat dan nilai kekitaan tanpa mengira bangsa dan agama.) Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian.
Beliau telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.
Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007. Walaupun sudah berusia, Dr Mahathir, yang jugan penasihat syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton dan perbadanan minyak negara Petronas, sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa.-Bernama

Salam sayang buat Tun sekeluarga!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta