*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Career’ Category


Mematangkan diri..

Jul 25, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Career

Bekerja di hospital, banyak mematangkan diri saya dalam segenap hal. Berhadapan dengan kerenah dan tingkah laku pesakit yang pelbagai membuatkan saya menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan. Selain daripada itu, ia banyak membantu menjadikan saya seorang insane yang lebih bersyukur dengan apa yang saya ada dan apa yang saya miliki.

Mengapa saya katakan begitu?? Sekiranya pesakit yang datang ialah orang-orang tua, saya mengambil iktibar dengan apa yg terjadi kepada itu. Perjalanan hidup kita masih jauh, tak siapa yg tahu apa yg bakal terhadap diri kita. Sebab itula saya rasa insaf. Semoga Allah permudahkanlah laluan kehidupan saya, berikan kesihatan yang baik supaya mudah untuk saya menjalankan ibadah dan terus berbakti kepada masyarakat.

Seterusnya, sekiranya pesakit yang datang ialah kanak-kanak istimewa, tak kisah la yang dapat Sindrom Down ke, Cerebral Palsy ke, atau apa-apa saja penyakit yg mereka hadapi, saya selalunya sangat tersentuh melihat keadaan mereka. Saya sangat mudah untuk mengalirkan airmata apabila melihat kanak-kanak seperti mereka ini. Setiap detik yang saya lalui ketika menjalankan ujian terhadap mereka, hati saya tidak henti-henti mengucapkan syukur. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana Allah telah mengurniakan anak2 yang sihat dan comel kepada saya. Dan saya perlu hargai setiap masa dan detik waktu itu bersama mereka.

Selain daripada itu, saya sangat mengagumi ketabahan hati ibubapa yang mempunyai anak2 istimewa ini. Betapa mereka sanggup bersusah payah menjaga anak itu. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiran saya, apakah reaksi dan tindakan saya? Adakah saya mampu menghadapinya? Adkah saya cukup tabah dan cekal? Saya sendiri tidak tahu.

Seminar Penglihatan Binokular 2008

Jun 18, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Career

uuuish….

Asyik tak sempat nak update..Bz je la plak…

Ni dok sibuk key in data px…

So, tunggu je la yekk….

Minyak oh minyak…

Jun 6, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Career, What's Hot
Selepas pengumuman kerajaan mengenai kenaikan harga minyak, semua stesen minyak di seluruh negara dipenuhi oleh segenap rakyat untuk memenuhkan tangki kenderaan masing2 dgn minyak pada kadar harga lama. Even sebelum diumumkan lagi, stesen2 minyak dah penuh sesak. Kuala Lumpur shj, trafiknya tidak bergerak disebabkan fenomena ini.

Bapak aku pun turut serta menyertai mereka yg berbaris di stesen minyak. Aku?? heheh.. buka riak atau sombong atau ape2 yg sama dgn nya.. Aku cuma mmg bukan jenis nak berebut..mmg bukan sifat aku. Aku redha dan pasrah. Harga minyak tetap akan naik. Itu adalah perkara yg mmg berlaku dan akan terus berlaku. Bukan shj di negara kita, bahkan di seluruh dunia. Biarlah kerajaan dan para pemimpin yg telah kita undi di Kabinet sana menguruskan hal ini. Kita harus pikir positif. Sekarang aku hanya menumpukan pada diri dan keluarga.

Apa yg boleh kita lakukan utk mengatasinya??? mmm… Kalau nak suruh aku pi kerja tanpa menggunakan kenderaan sendiri mgkn sedikit payah. Tah pukul berapa nak kena keluar dari rumah & tah pukul berapa la agaknya aku sampai. Walaupun jarak hanya 30km, dgn kenderaan sendiri, aku perlu keluar dari rumah pda pukul 7 pagi utk smp sebelum pukul 8 pagi di hospital. Aku tak suka smp cukup2 masa. FYI, rumah aku terletak di kawasan Cheras, berdekatan Bulatan Kg. Pandan. So, semua jalan di rumah aku tuh sesak ler bila waktu pagi nak masuk kerja tuh.

Tapi mgkn aku akan cuba naik pengangkutan awam. Itupun kalau En Lan setuju..heheh… Dia sayang sgt dgn bini dia nih, maunye la dia nak kasi aku naik bas. Tgk la macamana nanti. Perjalanan aku ke tempat kerja selama 2 hari selepas pengumuman baru tu, sangat lancar. Agaknya semua pengguna kenderaan menaiki perkhidmatan awam ke tempat kerja. Pada pendapat aku, kerajaan juga perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam supaya lebih efisien.

Masalah di negara kita ni kan, bila harga minyak naik, harga pun akan turut naik. Kalau lah harga minyak je yg naik, mgkn kita tak terasa sgt. Skrg semua bajet yg aku buat dah berubah. Tapi pd saat ni, aku belum ubah pun lagi..Masih dlm keadaan utk bertenang; tenang kan hati dan fikiran ttg kenikan harga minyak dan brg…huhu…

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta