*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Hari Jumaat (15 Ogos 2008), aku selamat mempersembahkan topik aku…
Huhu….serius..mmg nampak sgt gelabah yg tak ingat punya.. sampai kena tegur la dgn yg lelain, suruh aku relaks… Nak kata tak prepare, abis khatam dah.. Alhamdulillah..papepun giliran aky yg seterusnya, lambat laaa lagi…hehehe…
Gambar masa presentation tu tak le pulak teringat nak ambil..sbb dah gelabah sgt kan.. Takpe, lenkali kalu kena giliran aku, aku snap bebanyak….
Mmm…hjg minggu ni aku takde kat rumah. P konferens kat Sunway Hotel. AMO (association of malaysian optometris) akan mengadakan ‘2nd Asean Optometric Conference’. Yang pertama nya telah diadakan di Melaka. Masa tu aku tgh kerja di KL Optometry. Kerja sampai Sabtu, so tak dpt la nak join. N bos masa tu pun tak nak support… Ai masa tuu idak ler bergaji byk, jadinyee kena la berjimat cermat dlm segala hal.. So, esok Azyana dgn Azzalea kena la dok umah dgn Su n Ayin. En Lan pulak ada games kat Bukit Jalil. Cuma hari Ahad aku tak le tau En Lan nak buat aper..Selalunya dia buat kilang taik mata jee…
Oh ye…Sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia ni, Hospital Serdang pun turut sama membuat sambutan. Ai very like…Jadinya aku pun sesibuk p sesi kaunseling yg pihak penganjur buat tiap2 hari sepanjang sambutan ni berlangsung. Tapi aku pi sehari je laaa… Tak kan nak p hari2 kot.. Sesaja menjengah kan diri ke dalam bilik kaunseling, SN (staff nurse) ajak aku masuk and borak2… Dan disebabkan minat aku yg dah keterlaluan terhadap penyusuan ibu ni, pihak penganjur dah ajak aku join kumpulan sokongan Ibu ke Ibu peringkat hospital.. Waaaaah.. lagi la mak sukeer.. Pucuk dicita ulam mendatang.. Sememangnya aku mengaku yg ilmu aku belum cukup penuh tapi apa salahnya utk berkongsi ilmu yg sedikit itu dgn org lain, spy mereka turut mendapat nikmatnya… Dr Wan Hamilton (Ketua Jabatan O&G) bgtau yg mereka akan berikan kursus 18 jam tu dan seterusnya.. waahahahhhhaaaaa…. lagik aku sukeeer sgt.. Sbbnya mmg aku ader buat perancangan nak ambil kursus ni kat PPUM. Asyik dok tangguh je.. Alhamdulillah.. dpt gak yee.. Takpe.. tgl tggu bila nak ambil je lagik…
Hari ni aku EL. Dalam bulan ni dah 2 kali aku EL. Dalam 3 bulan selepas balik dari cuti bersalin, rasa-rasanya aku dah ambik EL sebanyak 5 kali. Bila bagi surat cuti kat bos, alasan aku sama saja, hal anak2. Tapi hari ni yang paling teruk sekali rasanya… Aku mmg STRESS betul…

muka adik yg tak cukup tidur
Azzalea dah 2 malam tak tidur. Asyik nangis je. Semalam, dia mula nangis dari pukul 11 malam, smp la pukul 7 pagi. Dalam 7.30 pagi, baru dia dapat lelap. Tak tau la kenapa dia nangis. Perut nya dah aku gosok, urut kan. Yela takut dia kena kembung. Then tak mau kena letak. Nak berdukung ke.. Adeh, mau tak letih nak dukung anak 6 kg ni.. Tapi takpe. Aku dukung dia pakai sling.. Hehehe.. Baru la tak letih.
Tau2 je la bila tak cukup tidur. Aku pulak bukan jenis boleh bawa kereta kalau dah mengantuk ni. So aku pun tidur sekejap n bangun balik then siap2 pergi kerja. Sampaila aku kat tempat kerja dalam pukul 9 pagi. Kat klinik, sume ingat aku EL. Sampai2 je, aku terus buat kerja. Kalau selalu, pi breakfast dulu, then baru mula kerja..tapi hari ni dah dtg lewatkan…
Alkisahnye, malam tadi si kecik ni mula nangis dari pukul 6.30 ptg. Santakla sampai pukul 4 pagi. Dan sepanjang petang semalam hingga ke hari ni, saat ini, dari aku balik kerja tu, dia tak mau direct breastfeed pulak.. Adeeees…sedihnyee ibu… Terpaksala pam n bagi tru bottle. Takpela yang penting dia nak minum gak.
Bila dia dah tidur pukul 4 pagi tadi, rasa dah lega la. Bolehla aku gi kerja hari ni. Tapi terjaga pulak dia balik dalam pukul 6. Adees..ni yg payah ni. Mak pulak bising. Beriya ajak aku gi Darus Syifa, ambil air penawar. Dahla hari ni hari Jumaat. Klinik mesti rapai pesakit. Ye la, manala org tua tu tak bising. Dia yg tlg aku jagakan Azzalea mlm tadi. Adik pula, nangis2 nk tidur tpi bila dia nak lelap je, mesti mata dia terbuka. Tu yg org tua tu dah syak sesuatu tu.
mmm… Aku ikutkan ajer. Aku pun msg la Bos B (Ketua Unit) dgn Kak I bgtau aku terpaksa EL..terpaksa ye.. Dalam pada tu, aku siap2. Mak nak pergi Darus Syifa tu pepagi. So bertolak ke sana dan dapatkan air penawar utk Adik, aku pun ajak mak gi spital jap. Nak anta kunci bilik yg aku pegang dan nak isi borang cuti. Sesampai spital aku pun terus meluru ke klinik. Jumpa Kak I, bagi kunci. Then isi borang nak suruh Bos B sain. Bila dia nampak je aku….
Bos B : Apsal selalu sangat EL?? Pikir2 la sikit kawan lain…
Aku
bingung jap….)
Bos B : Kalau macam ni selalu, camne nak jawap kat Bos A (Ketua Jabatan)
Aku : (Dia takut bos ker??)
Bos B : Ni baru pukul 11. Awak boleh je datang kerja…
Aku : (Masih diam membisu)
Sambil tu, Bos B aku sain surat cuti tu..
Aku sebenarnya dah bengang dah skit masa tuh.. tapi malas nak cakap pape.. Pas letak surat cuti kat folder Bos A, aku pun balik… Sepanjang perjalanan tu, darah terasa membuak2. Air cond kereta tu tak terasa langsung….
Dia ingat aku sesuka je ke tak nak gi kerja….
Anak aku nangis kat umah sampai satu umah tak boleh nak lelap..
Bukan telinga dia yang dengar, bukan mata dia yang jaga..
Tau ler anak2 dia dah besar2…
Serius aku dah emo sangat dah masa tuh… Hellooo…aku ni tak suka tuang kerja yee.. Dan aku tau sangat yang aku sangat dedikasi dgn kerja aku.. Tapi kalau dah libatkan hal anak2 dan keluarga ni, tak kan nak tunggu yg betul2 kecemasan plak baru nak cuti..
Bos A cakap dlm meeting satu ptg dulu : Mana ada EL2 ni. Kalau ada kematian baru la boleh EL..
Tercengang kejap…Oh ye..Bos A aku takde anak. So, dia tak rasa la betapa cemas nye kita bila anak2 meragam…Tension2…
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||