*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Career’ Category


Sgt sibuk..

Feb 26, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Career, Me, Sewing Time

Kebelakangan ni saya sgt sibuk menyiapkan tempahan tudung. Sebab itu blog saya sgt bosan. Saya hanya cut and paste je. Maafkan saya ye. Gomenne!!

Masih banyak lagi tudung yang perlu disiapkan. Saya juga ada projek lain. Insyaallah, barang2 itu akan saya letakkan di Ibuaz Shoppe. Utk penggemar tudung DIY, anda boleh dapatkannye nanti di Ibuaz Shoppe. Sekarang mmg tak cukup tangan. Pagi pergi kerja. Kalau pada hari klinik tak sibuk, rasa mcm nak balik rumah je nak siapkan tudung2 tu. Saya tak nak pembeli tertunggu2 pula. Kesian.

Insyallah, saya akan buat sebaik mungkin. Minggu depan, anda boleh tgk koleksi keronsang di Ibuaz Shoppe. Kalau berlaku kelewatan, maksudnya saya masih tidak berkesempatan mengupdate or upload gegambar ke Ibuaz shoppe atau blog. Saya terpaksa mencuri masa tidur utk buat semua ini. Kalau waktu lain, anak2 pun akan sibuk sama!! :) Jadi, harap maklum ye.

Sesungguhnya saya tidak menyesal dek kesibukan ini. Bahkan saya rasa bersyukur dgn limpahan rezeki yg dtg. Dan saya sangat gembira kerana saya telah menghabiskan 24jam sehari saya dengan penuh hemah tanpa sia2..

Jadikan hari ini lebih baik dari yg semalam!!

p/s: Topik hati ini ialah Kids & you kan?? Takpe, kalau sempat saya akan postkan topik mengikut tema hari ini ye!!

Sibuk + Pening…

Jan 16, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Career, Me

Sibuk??? Saya mmg agak sibuk minggu lepas. Bila dah habis tahun, mula la kena buat statistik. Jangan ingat org yg kerja kat spital tu tgk org jer tau.. Kena la kan buat statistik, supaya tahu berapa ramai pesakit yg datang. Berapa ramai pesakit yg kita dah attend. Pening la… Dok mengadap Excel. Nasib baik bos tak minta buat segala carta. Kalau tak, mau nak terkeluar bijik mata nih….

Pagi seharian dah mengadap pesakit. Petang sambung buat clerking (masukkkan data pesakit)..Then kalau sempat sambung plak wat cencus (statistik tu lee).. Kadang2 sampai terlelap depat komputer. Pastu balik rumah… Mengdap muka insan2 tercinta. Walaupun penat, gigih lagi melayan 2 tuan puteri tu..

Malam menjelang. Mata mengantuk..Asyik dok menguap jeee…Blog tak update. Barang2 dari blogger pun tak pindah lagi… Bila nak buat sesi perpindahan, kepala pusing. Tak tau nak buat susun atur. Alih2 tergantung… Nasibla… Ada masa, saya siapkan la rumah baru ni…Kalau tak, jadila macam tu saja..Huhuhu….

Doakan saya yee!!!

image048p/s: Ni tudung oblong Hajaba…..

hari geram

Aug 23, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Career
Jumaat 22/08/08 hari yg sgt tak best..
Semalam aku bertugas di bilik VF (ujian medan penglihatan). Dalam bilik perimetri tu ada 3 alat. 2 utk ujian yg sama (Bjerrum VF dan HumphreyVF) dan 1 lagi alat utk uji kelengkungan Kornea dgn lebih detail (corneal topography). Pesakit yg dtg mengikut temujanji ada seramai 9 org, 1 org pesakit patut buat tp yg bertugas di kaunter tak perasan & 1 org pesakit atas permintaan Dr. Jadinya jumlah pesakit adalah seramai 11 org.

Yang buat aku geram ialah masa pesakit yg buat ujian atas permintaan tu. Bukan geram kat pesakit tu tapi geram dgn Dr. Udah la kawan tu tunggu dari pagi. Sampai kat aku dah jam 10 lebih. Aku pun buat ler ujian HVF sbbnya mmg itu ujian yg selalu dibuat. Dah selesai aku buat, dalam setengah jam Dr tu minta buat ujian lain pula. Masa minta tak spesifik kan nak ujian yg mana.. Ish…Geram lee sesgt. Aku kesian kat pesakit tu, dahla dia dari wad. Kena duduk tunggu lama lagi la letih..

Dah dekat setengah jam kakak tu tggu kat depan bilik aku (aku terpaksa habiskan pesakit yg dtg dgn temujanji dulu..), Dr tu dtg ambil balik pesakit tu ke bilik dia.. Alhamdulillah. Akhirnya, tapi mmg sgt kesian dgn kakak tu… Tapi aku masih geram sampai ke petang……

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta