*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Hospital Serdang | Tempat kerjaku
Salam..
Selalunya saya tak punya rencana apa2 kalau bercuti. Saya lebih senang utk duduk di rumah dan meladeni perangan serta keletah anak2. Mmg pening bila duduk dgn tiga beradik ni. Tapi bila dipikir2, anak2 ni nak membesar. Kita takan tgk keletah mereka yg sama setiap hati, saya biarkan aje apa mereka nak buat.
Kebetulan saya perlu ke klinik untuk ambil barang. Jadi saya bawa mereka tiga beradik sekali. Ni kira aktiviti melawat ke tempat kerja ibu. Kalau bawa pada waktu pagi, sangat le ramai org. Jadi saya bawa mereka pada waktu petang.
Alang2 dah smp, saya buat pemeriksaan tahap penglihatan kepada mereka berdua
Mana Azrie??
Aiyooo…. Azrie tgh sibuk dgn Cik Ijah.
Nanti saya akan ceritakan bila waktu yang perlu utk bawa anak2 menjalani pemeriksaan mata. Dari bayi ke? Dari umur berapa? Nak tunggu dah naik sekolah ke? Ok. Tggu ye.
Hospital Serdang | Tempat kerjaku
Dua hari satu malam…
Bukannya lama pun..
Tapi hati tak keruan..
Meninggalkan cinta hati…
Baik yg besar, mahupun yg kecil.
yg paling akan dirindu…Si Hensem!!
Alhamdulillah.. Selesai sudah satu tugasan!
Naik kerja aje dah bersusun tugasan saya. Tapi saya terima, sbb saya mmg suka dgn apa yg saya buat. (cuma kadang-kadang aje ada waktu tak suka!)
Kali ni, tugasan saya mencabar sikit. Selalunya uruskan projek aja, jadi AJK tu, AJK ni. Tapi yg ni, kena mengacara majlis pula. huhuhu.. mentang2 bos pernah hantar saya ke kursus mengacara majlis, dimintanya saya menggunakan ilmu yg telah saya dapat dulu..mmm.. sabor je aaar!! ok ok.. saya menurut perintah!!
Dr Rohana memerikan ucapan dan merasmikan majlis!
Ketua Jabatan, Dr Radzlian, dan Pengerusi JK, Pn Rini Roslina
Ok…sejak kebelakangan ni, minda saya sangat tidak bergerak untuk penulisan. Beberapa artikel untuk penyusuan juga masih tergantung. Deadline sudah semakin hampir, tetapi satu pun belum dibuat. Yang terkesan juga adalah post ini….Kalau saya ceritakan satu persatu, smp esok pun belum sudah.jadi sila layan dengan gambar ye!
Peserta-peserta adalah terdiri daripada guru-guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam Daerah Hulu Langat. Cikgu2 ni sgt teruja dan tak sabar2 untuk pulang ke sekolah masing2 dan mengaplikasikan ilmu yang telah diberikan. Kami pula sangat senang hati untuk berkongsi ilmu2 ini dengan mereka. Saya pula sedang memikirkan bagaimana untuk berkongsi ilmu2 ini dengan ibubapa, guru-guru prasekolah swasta dan juga sektor2 yang berkenaan. Sekiranya ada sebarang cadangan, bolehlah diberikan melalui email saya iaitu yusrina.hata@gmail.com
—-
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||