*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Ada seorang teman lama menghubungi saya untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai hal ini. Saya berikan pandangan saya sebagai seorang teman. Kata putus terpulang kepada teman saya itu jua.
Dia ada bertanya. ” Kenapa kau tak buat yer?”
Saya jawab, ” Macam yg aku bgtau tadi. Masih ada risiko. Lagipun tak penting. Bukan satu keperluankan, ia lebih kepada satu kehendak dan kemahuan. Tak perlulah aku nak membazir.”
Hehe… Serius bukan perbincangan kami. Sebenarnya teman saya itu bertanya tentang LASIK, laser-assisted in situ keratomileusis. Kaedah pembedahan refraksi untuk membetulkan kesalahan refraksi miopia, hiperopia, astigmatism dan hyperopia. Nama pun dah ada laser, jadinya kaedah ini menggunakan laser semasa pembedahan.
Bagaimana prosedurnya?
Saya terangkan secara ringkas ye. Sebelum anda dibaringkan di meja pembedahan (gerun tak bunyinya??) anda perlu melalui beberapa ujian atau pemeriksaan sebelum anda didapati benar2 layak untuk mendapatkan prosedur ini. Antara faktor2 yg diambil kira ialah usia (tidak kurabg dari 25 tahun dan tidak lebih dari 50 tahun), ralat refraksi yg telah stabil (power spek tu tak turun jauh sgt, tak naik jauh sgt, maintan jee gitew), tahap air mata (kalau airmata tak cukup susah jg, nanti mata jd kering sgt, healing process susah nak berlaku), ketebalan kornea (sbb nak kena laser, jadi kena ada ketebalan yg membolehkan mata itu tetap stabil).
Kalau anda dah lepas semua ujian ni, anda akan dibaringkan di meja pembedahan. Jgn risau. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit shj. Mata anda akan dititiskan dhn ubat pelali (LA : local anesthesia) spy anda tidak akan berasa sakit. Kornea merupakan kawasan paling sensitif pada mata. Kalau tak sensitif mata tak akan berkedip atau sakit kalau habuk masuk. Bila doktor dah pastikan semuanya dalam keadaan bersedia, lapisan pertama pada mata akan dikoyakkan menggunakan blade khas. Kornea ada 5 lapisan!!
Selepas itu, laser dipancarkan ke mata menuju ke lapisan yg akan dilaser. Berapa byk dan berapa tebal doktor nak laser, tu diorang dah kira guna komputer. Tak payah risau. Setelah prose ini selesai, lapisan pertama yg dikoyak tadi (bukan koyak sampai putus ye, buat mcm opening je, pintu) akan letakkan semula pada tempatnya (mcm tutup pintu). Dah siap. Proses penyembuhan biasa 3 hari, tapi mungkin 3 minggu, atau mungkin 3 bulan. Anda akan sentiasa melawat doktor, untuk temujanji susulan.
Ok, sekarang ni, apa masalah saya tak nak buat??
Pertama2 sekali, kos. Huuh..sebiji mata dah RM1,500 ke RM3k (bergantung kpd jenis prosedur yg anda gunakan). Daripada habis duit kat mata ni, baik saya beli barang utk anak2.
Kedua, ia lebih bersifat kosmetik. Saya selesa memakai kacamata w/pun selalu terpaksa tolak kacamata naik kalau ia menggelungsur dari tmptnya. Saya senang begini. Saya main hoki pakai cermin mata. Alhamdulillah. Adalah caranya nak bermain bila dah pakai c/mata ni.
Ketiga, risiko. Ni yg ramai tak tahu. Mgkn sbb takde yg bagitahu. Andaikan kornea itu agar2. Anda buang sebahagian dalam isinya, tapi ia masih mempunyai bahagian atas, bawah dan sisi. Lama kelamaan, apa akan jadi? Agar2 itu runtuh bukan? Lebih kuranglah pada kornea kita. Ia tidak akan berlaku sehari selepas anda buat prosedur, mgkn tidak sebulan atau setahun. Tapi kornea adalah sel. Kita adalah sel. Sel2 yg akan menua, lemah. Kornea pun begitu juga. Ia akan tua dan lemah. Apabila kolagen kurang lagi dihasilkan, kornea sudah jadi tidak stabil.
Mmm..perkara ni mmg susah nak jumpa dalam pemcarian kita di internet. Mereka yg menjual khidmat ini tak kan pulak nak ceritakan kesan sampingan ni kan.. Di hospital, sudah ada pesakit yg dtg selepas beberapa tahun melakukan prosedur ini dan mereka terpaksa kembali kepada c.mata. Jadi baiklah saya pakai c/mata saja dari sekarang smp saya tua..heheh..
Eh..saya tidak akan menghalang anda utk melakukan prosedur ini. Ini ialah pendapat saya sahaja. Mmg saya tak dpt nak tunjukkan bukti dari segi kajian saintifik. Ini cuma pandangan logik akal. Wallahualam.
Salam…
Ni lah padahnye bila tak berkesempatan nak update blog.
Banyak sgt post tertangguh.
Tarikh : 11-13 Ogos 2009
Tempat : Bilik Seminar, Pejabat Pakar, Hospital Serdang
Bersempena dgn Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2009, peringkat Hospital Serdang, Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdanng telah mengadakan Kursus Pengurusan Laktasi 24jam utk kakitangan wad dan klinik Jabatan Pediatrik, Jabatan O&G serta Kumpulan Sokongan Penyusuan SusuIbu iaitu saya dan beberapa lagi teman.
Ini adalah siri kedua utk tahun ini. Siri pertama telah diadakan pada bulan April yg lalu dan siri ketiga akan berlangsung pada bulan November ini. Alhamdulillah, dapat juga saya mengikuti kursus ini selepas terlepas peluang pada tahun lepas (kena konjunktivitis!!).



Biasalah kan bila dah berkursus adalah assignment yg nak kena buat. Kami ada 2 assignment. Pertama membentuk model payudara dan kedua berlakon (role-play). Ni nak tunjuk koleksi model payudara yg telah disiapkan oleh peserta kursus termasuk saya…

Hehehe… macam2 bentuk dan rupa..
Selain mendengar ceramah mengenai laktasi, kami juga berpeluang ke wad dan klinik. Ni mmg peluang yg besar buat saya, sbbnya wad NICU mmg saya tak pernah masuk. Sayu rasa hati melihat anak2 kecil di dalam inkubator tu. Ada yg hanya seberat 700gm, ada sebesar tapak tangan.. Alhamdulillah saya tidak ditempatkan di situ. Kalau tidak, asyik menangis je lah tgk anak2 kecil itu. Sempat saya rakamkan sekeping dua buat kenangan dan iktibar buat diri saya.



Ok..sampai sini dulu.. Salam sayang buat semua.
Salam Ramadhan!!
Salam…
Ku mengupdate post jauh dari keriuhan dua beradik itu (Si Minah Loteh & Nandik).
2 malam ku tinggalkan mereka dgn En Lan di rumah mak.
Aduuuh.. tak pernah sejauh dan selama ini..
Nanti bila ku nak menghadiri induksi dan BTN, lagi parah la jawapnya..
Sekarang ku di sini..

Tapi, itu gambar yg diambil dari website mereka.. heheh..
Ni gambar yg ku ambil..

Best2…
Tapi kenapa daku di tempat ini bersendirian…
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||