*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Education’ Category


Curious kids need to be tough inside

Dec 20, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Education, Healthy Life, What's Hot

Salam…

Ni entry special untuk Nuffnang and Friso berkenaan Nuffnang Friso Gold Family Day Out.

friso2

Anak-anak yang berkeinginan tinggi harus tegar dari dalam. heheh dialihbahasa dari “Curious kids need to be tough inside“. Dari dalam bermaksud kesihatan yang baik dan keupayaan yang tinggi untuk anak-anak menyerap segalanya ke dalam otak mereka. Jadi dari mana proses pembelajaran mereka berlaku? Sudah tentu dari otak yang sedang berkembang. Dan apa yang diperlukan otak untuk berkembang dengan baik dan sihat?

Dari awal kehamilan, pemakanan perlu dijaga. Beberapa perkara perlu dibuat untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Antaranya ialah pengambilan asid folik. Bahkan doktor O&G saya akan membekalkan asid folik dari awal sekiranya saya sudah bersedia untuk hamil. Kenapa asid folik? Asid  folik dianggap sebagai makanan otak. Ia diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan pembentukan sel darah merah. Asid folik juga dapat menguatkan imuniti badan anak-anak. Dalam proses kehamilan, ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrionik dan fetal, yang mana penting untuk pembesaran yang normal. Selain daripa pengambilan asid folik, saya juga mengambil lain-lain supplement menerusi susu yang yang dibuat khas untuk ibu-ibu mengandung.

Selepas kelahiran, saya percaya kepada kepentingan susu ibu yang banyak manfaatnya kepada bayi saya. Oleh sebab itu saya berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya. Susu awal ibu kaya dengan asid sialik (SA). SA membantu mengekalkan kandungan air dalam sel. Oleh itu, kuranglah berlaku dehidrasi pada sel dan seterusnya pada badan anak-anak yang sedang aktif membesar. Oleh sebab itu, SA sangat-sangat diperlukan oleh bayi-bayi yang lahir kurang berat badan. Pada susu ibu, SA banyak didapati dalam kolustrum (susu awal ibu). Walaupun kuantitinya sangat sedikit, tapi ia kaya dengan SA dan protien yang diperlukan untuk tubuh si cilik.

Penyusuan susu ibu adalah penting sehingga bayi berusia 6 bulan dan sekiranya mampu diteruskan, langsung ke usia 2 tahun. Bagi ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan lebih lama atau yang sudah memberhentikan penyusuan, jangan gusar dan susah hati plak ye, Friso® Gold telah menyediakan susu lengkap yang hampir menyerupai susu ibu untuk keperluan anak anda. Friso® Gold telah menghasilkan Friso® Gold 3 untuk anak-anak berumur 1 hingga 3 tahun dan Friso® Gold 4 pula untuk anak-anak 4 hingga 9 tahun. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja dan juga untuk anak-anak yang aktif bermain.

friso1

Oleh sebab itu, susu terbaru dari Friso ini dilengkapi dengan Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ yang merupakan kunci kepada kombinasi di antara prebiotik dengan bakteria hidup yang sihat. Prebiotik mempunyai fungsi yang sangat penting dalam membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi badan dan juga mampun mengelak berlakunya gastrousus. Apa yang terdapat dalam Friso® Gold? Keperluan lengkap ini mengandungi DHA, AA, dan SA yang sangat diperlukan oleh si manja.

Docosahexaenoic Acid (DHA) – DHA sangat diperlukan di otak dan membantu perkembangan visual (mata) dalam penghantaran maklumat. Apabila maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik) sampai pada satu sinaps, ia akan dibawa menyeberangi neuron yang seterusnya oleh bahan kimia yang dipanggil penghantar maklumat (neurotransmitter). Perubahan pada dinding membran membenarkan maklumat ini melalui neuron berikutnya. DHA juga kaya dalam Susu Ibu.

Arachidonic Acid (AA) – Arachidonic Acid adalah Omega-6 asas asid lemak  (essential fatty acid) ditemui di dalam lemak haiwan, penting untuk nutrisi anak.

Sialic Asid (SA) – Sialic Asid adalah dari kumpulan amino karbohidrat yang terdiri daripada mukoprotien dan glikoprotin. Ia boleh didapati terutamanya di dalam sel darah dan tisu haiwan.

Ketiga-tiga komponen ini penting bagi memastikan keupayaan otak berfungsi dan berkembang secara optimum. Ini akan membolehkan anak-anak kita menerima input dengan lebih baik tanpa ibu perlu risau akan keadaan diri mereka yang sentiasa terdedah kepada ancaman bakteria dan virus. Fuuuh, senang hati bukan. Yelah. Anak-anak kan ‘explorer’. Mereka ni bukan kisah kat mana nak main, bila nak main. Aci redah je. Hujan ke panas ke, tak kisah langsung. Yang penting bagi mereka ialah main. Bermain pula merupakan aktiviti utama anak-anak dalam perkembangan dan pertumbuhan mereka. Dengan bermain, ransangan terhadap perkembangan visual, motor dan kognitif akan berlaku dengan lebih baik lagi.

friso

Jadi dengan adanya Friso® Gold Frisoshield™ P2 Dual System™, maka si ibu pula dengan senang hati memberikan ruang kepada anak-anak untuk menerokai dunia mereka yang tiada batasan itu tanpa sebarang gangguan dan kerisauan. Lagi rasa lega. Tau je lah kan bila jadi mak pak ni. Kononnya tak nak bila anak-anak bermain sampai luka sana luka sini, ada juga yang sampai tak bagi anak keluar rumah langsung. Kesian kan anak-anak tu. Padahal, kalau kita ambil langkah yang sewajarnya, anak-anak kita pasti boleh bermain dengan senang hati.

Begitulah adanya. Harap-harap dengan adanya formulasi dari Friso® Gold ini, pertumbuhan dan daya tahan anak-anak meningkat dan anak-anak kita akan membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi seorang yang bijak pandai.

p/s : Ini adalah peraduan. Kalai korang nak menang, sila buat entry dgn cepat ye. Tarik tutup adalah pada 11.59pm, 27th December 2009.

Currently reading

Oct 31, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Salam…

Disebabkan sedang recovery dari kesedihan, Cik Yut tak nak dok menung saja.. Jadinya ambil kesempatan utk cuba baca buku2 yg dah dibeli tapi tak dibaca lagi. Kalau buat senarai, panjang rasanya. Ni dlm kepala dah siap senarai baru utk dibeli.. >_<

Kalau cerita pasal buku, mmg mau kopak gak la poket.. Seriusly, I’m a book lover, tapi beli je over.. Baca tak gak.. Bila ye masa nak baca?? Kalau kita keluarkan buku kita, ada la dua AZ pun akan sibuk juga keluarkan buku dia, Pastu Ibu depa la kena bacakan.. Jadinya buku kita mmg tak selesai2 lah.. heheh…

So, sekarang Cik Yut baca buku nih.. Dah halfway dah.. Biar le Cik Yut kasi habis dulu, nanti I kasi review sket eek..

buku

Written by my dear friend Miss Mamafiza

Secara kasarnya, buku ni pasal cara utk membaca bersama anak2, dari bayi hingga yg kanak2. Bila baca tu baru lee tahu banyak kaedah lagi yg boleh digunapakai. Ada juga g patut kita buat & yg tak patut buat. Apa2 pun ia boleh digunakan sebagai panduan. Terpulang pada kita akhirnya bagaimana nak mencantikkan lagi sesi membaca tu. Yelah, lain anak lain ragamnya. Tak semua boleh berjaya dgn satu kaedah bukan.

Kalau berminat dgn buku ni, boleh la dapatkan dari website Miss Mamafiza. Ehem, dear, I’m doing free ads for you here!! >_<

Ok, selamat membaca (utk Cik Yut la!!)

Learning thru playing

Oct 27, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Salam…

Cik Yut bukan le pakar dlm hal pendidikan utk anak2 ni. Pun tidak ler creative sgt. Lagi lah tidak berapa rajin juga. Tapi disebabkan sdg bercuti panjang nih, jadi ambil peluang bersama dgn anak2. Tapi disebabkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan, En Lan hantar anak2 ke taska spy saya dpt berehat. Kalau tidak, mlm2 saya akan meroyan. Mmg teruk berpantang kali ni. Iye lah, sebelum ni berpantang di rumah mak sbb rumah mak ada pembantu. Skrg dah takde. Kena lah jaga sendiri.

Ok.. apa yg saya buat dgn Azzalea semalam? Kat dlm rumah ni mmg ada beberapa perhiasan yg menarik yg mmg dua beradik ni suka. Jadinya, Si Nandik ni mmg berkenan dgn sekawan kucing nih.

sekawan kucing

Lupa dah dapat dari mana. Rasanya ni En Lan yg beli masa dia gi out-station ke Kuching. Lama dah nih. Dari Si Minah Loteh tu kecil lagi. Hujung ekor tu, Si Monah Loteh la yg gigit. Patutnya kat leher kucing2 ni ada loceng. Tapi paham2 la yee.. Kalau ekor dia dah nak putus, lagi la pulak loceng tu nak bersangkut lagi..

si nandik & kucing2nya

Si NAndik ni mmg ‘cats lover’. Kalau tgh tgk National Geographic ke Animal Planet ke, kecoh la rumah. Harimau, singa, sume jadi cat.

Bu, bu..cat!

Kalau ibu tak pandang dia… buat tak tahu kee..

Abu..abuuuuu!!! Bu!!! >_<  Blum boleh sebut Ibu lagi..

Apa yg kami buat dgn sekawan kucing nih??

Ada 4 ekor.. Jadi belajar MENGIRA.

Ada 4 warna.. Jadi belajar tentang WARNA.

Cukup sifatnya patung2 ni.. Jadi belajr ttg sifat2 kucing.

Yes, learning thru playing. Dulu saya ni sedikit kolot. Saya pikir, nak ajar anak2 kita kena ada tools yg hebat2 atau bagus.

Tapi sebenarnya, apa saja yg berada di sekeliling kita, itu adalah pembelajaran buat anak2.

Ops…mana Minah Loteh?? Dia pergi main dgn Ummi (jiran sebelah rumah) dan Syasya kat taman.

dgn kucing2

I just love this picture!!!

Selain dari MENGIRA, WARNA, SIFAT KUCING, Si Nandik juga belajar menyusun kucing2. Jadi ini ialah skilss learning, also hand-eye-coordination. All in one!! yeaah!!

Tgkla apalagi yg boleh di explore dlm rumah nih.. So, mommies…jgn putus asa kalau takde brg2 yg cecanggih tu. Atau tak sempat nak jadi creative. Apa2 yg ada dlm rumah itu semua boleh digunakan dan dijadikan alat pembelajaran buat si manja!!

Salam sayang!!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta