*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Education’ Category


Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur

Dec 23, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Education, Parent & kids, What's Hot

 Salam..

 

Fuuuh..syoook. Semalam jalan sendirian di PWTC (tanpa anak2) tapi bertemankan sepupu terchenta, Cik Sumi. Saya baru selesai tugasan sambilan saya di UKM KL. Lantas teringat ada pesta buku di PWTC. Saya kan udah kempunan untuk pergi ke BBW di South City Plaza tempoh hari. Jadi, kali ni nak lepaskan kempunan itulah. Lagipun seronok jalan-jalan cuci mata ni.

 

 

Pintu masuknya ada dua. Kalau anda datang dari The Mall, masuk ikut sini le. Kalau anda datang dari Menara Dato’ Onn tu, turun tangga je dah boleh terus masuk. Tak perlu nak pusing ke pintu utama. Kira masuk ikut belakang le.

 

Seronok jalan pada hari pertama. Tak ramai orang. Pastu jalan sendirian. Lagilah double syok. Walaupun begitu, saya tak ke mana. Hanya ke booth MPH dan PTS sahaja. Sempat berjumpa dengan seseorang dan buat sedikit perbincangan mengenai projek kami. Heheh.. Dah kebetulan bertemu di situ, jadi terus la buat perbincangan sedikit. Terjumpa Kak Kamariah juga. Dak Ain kata dia bercuti. Ingatkan bawa family pi tepi pantai ke apa ke, rupanya bawa family bercuti di pesta buku. Bagus bagus! Ini juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan minat membaca terhadap kanak-kanak.

 

Heheh…maaf la ye. Saya tidak ambil gambar banyak. Sebabnya kepala saya dah berpusing2. Saya mmg sekadar jalan2 cuci mata. Bukan takde apa nak beli, tak boleh nak beli apa2 dah. Buku anak2 masih banyak lagi di rumah. Belum habis lagi dibaca dan dibuat. Jadi saya tidak mahu menambah stok selagi yang ada masih belum selesai. Untuk lihat beberapa keping lagi gambar di pesta buku ni, korang boleh tengok sini.

 

Oh ye, jangan lupa beri sokongan buat teman saya yang satu ni. Korang boleh dapatkan buku beliau di booth PTS atau dari saya.

 

Ok, sampai jumpa lagi!

Risiko membeli KANTA SENTUH melalui internet

Dec 9, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Salam

Kebanyakan kita sememangnya gemar membeli-belah melalui online. Banyak juga barang-barang yang kita boleh beli secara online. Barangan runcit pun boleh gak! Namun begitu, dalam banyak2 benda yg kita boleh beli scr online, ada satu barang yang Cik Yut nak sarankan supaya jangan beli. Bukan tak boleh beli langsung. Tapi ia berisiko tinggi sekiranya korang nak beli jugak.

Bagi kebanyakan kaum wanita yang memang dah biasa menggunakan kanta sentuh, pasti merasakan ia mengganggu hak mereka. Yelah kan. Dah mmg selalu beli scr online, tetiba ada org tak bagi plak. hehehe.. Ni atas nasihat professional sbb Cik Yut kan seorang Optometris. Jadi dah menjadi tanggungjawab Cik Yut untuk berkongsi apa yg sepatutnya dan apa yang tidak. Namun begitu, seperti biasa, keputusan akhir terletak di tangan korang. Sama ada masih ingin terus membelinya atau tidak.

(Ikhsan dari Mr google)

Apa yang Cik Yut nak kongsi ni, tidak kepada pembelian scr online shj, ia termasuk juga sekiranya kanta sentuh itu dibeli dari penjual yang tidak bertauliah atau penjual yang tidak mengamalkan prosedur2 sepatutnya.

1. Tiada pemeriksaan preleminari

Dalam pemeriksaan preleminari (pemeriksaan awal), beberapa kriteria perlu dilihat dan diambil kira sama ada seseorang itu sesuai untuk memakai kanta sentuh. Antaranya ialah, kualiti dan kuantiti airmata, permukaan kornea, permukaan disebalik kelopak mata atas, dan juga susunan bulu mata. Perkara-perkara ini perlu dipastikan bagi melihat sama ada seseorang yang ingin memakai kanta sentuh itu sesuai atau tidak untuk memakai kanta sentuh. Sekiranya ada kriteria yang tidak memenuhi syarat, perlu ada langkah pencegahan di ambil.

Sbg contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dengan kuantiti atau kualiti airmata, dia masih lagi boleh memakai kanta sentuh. Tetapi Optometris atau pemeriksa perlu memberikan sekali airmata tiruan kepada pemakai tadi. Ini bagi mengelakkan berlakunya komplikasi apabila dia memakai kanta sentuh kelak.

2. Cubaan sebelum pemakaian kanta sentuh sebenar

Selepas pemeriksaan preleminari, terdapat sesi untuk pemakaian kanta sentuh cubaan. Sesi ini adalah sesi untuk mendapatkan kanta sentuh yang benar-benar sesuai dengan kelengkungan mata anda. Pemeriksa akan memastikan kanta sentuh cubaan adalah pada tahap optimum, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Permukaan kornea yang melengkung harus disuaipadankan dengan permukaan dalam kanta sentuh. Sekiranya kanta sentuh pada mata tidak berada pada tahap optimum, ini akan memberikan ketidakselesaan kepada si pemakai tadi.

3. Belajar teknik memasukkan, mengeluarkan dan mencuci kanta sentuh

Selepas pemeriksa itu mendapatkan kanta sentuh yang sesuai dengan pemakai, beliau sepatutnya mengajar pemakai teknik yang betul mengenai bagaimana untuk memasukkan kanta sentuh, cara mengeluarkan kanta sentuh dan juga cara mencuci serta menjaga kanta sentuh dengan betul. Walaupun seseorang pemakai itu sudah pun mengetahui cara memakai dan cara buka kanta sentuh, serta cara basuh kanta sentuh, pemeriksa juga seharusnya memastikan pemakai masih menggunakan teknik yang betul. Terutamanya cara membasuh. W/pun ada yang dah lama pakai kanta sentuh, mereka cuci kanta sentuh mereka dengan air paip sahaja!!

4. Tiada pemeriksaan susulan

Selepas pemakai mendapat kanta sentuh dan telah diajar cara pakai, cara keluarkan dan juga cara basuh serta simpan, pemakai akan berjumpa dengan pemeriksa selepas seminggu memakai kanta sentuh. Dalam pemeriksaan susulan yang pertama ini, keadaan (kondisi) mata dan juga kanta sentuh diperiksa. Adakah terdapat sebarang perubahan yang ketara pada mata si pemakai? Adakah si pemakai tadi selesa dengan kanta sentuh yang telah dipakainya selama seminggu tu? Kalau ada perubahan atau sebarang komplikasi pada mata pemakai, mungkin pemakai kena berhenti pakai kanta sentuh. Cara merawat adalah bergantung kepada komplikasi yang berlaku.

Bila tiada sebarang pemeriksaan dibuat, maka senanglah nak berlaku komplikasi pada mata. Yang paling kerap terjadi ialah Corneal Ulser.

(TQ Mr Google!)

Haaa.. Corneal ulser yg dah ditunjuk tu. Yg putih tu ialah hypopyon.

Untuk post akan datang, saya akan story-mory sket pasal komplikasi berkaitan kanta sentuh. Kalau cerita kat post ni, alamat berjela-jela nanti postnya. Selamat menjaga mata anda!!

Jumpa lagi tahun depan!!

Oct 7, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding, Education, What's Hot

Salam…

Alhamdulillah. Selesai  sudah SILC 2010 di Hotel Pullman, Putrajaya!! Walaupun terpaksa mengorbankan cuti tahunan sebanyak 3 hari, tapi ia sangat berbaloi. Seronok dapat berkumpul dengan mereka yang seiring sealiran dan seminat dengan kita, lebih2 lagi dari luar negara. Dapat timba banyak ilmu dan pengalaman.Tapi ada juga cerita yang tak best.. ;(

Tapi biarlah cerita itu disimpan di antara kami yg mengetahuinya! Insyallah kalau ada rezeki tahun depan akan ada lagi. Jadi mau kumpul duitnya dari sekarang.. heheheee….

Sampai jumpa lagi!!

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta