*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga membaca buku ni. Kebelakangan ini, saya semakin susah untuk menghabiskan satu-satu buku. Nak habiskan satu buku yang nipis pun mengambil masa yang lama. Tapi takpe. Yang penting sekarang, saya sudah habis membacanya dan saya ingin berkongsi dengan anda. Mari kita lihat apa yang menarik dengan buku hasil tulisan Sue Cox, IBCLC.
Dari kulit buku, kita sudah jatuh cinta. Iyalah. Bila melihat si ibu mencium jari kemari si kecil, membuatkan kita bingkas untuk pulang dan mendapatkan si kecil kita pula. Walaupun warna kulit buku ini hanya satu warna tapi ia kelihatan menarik disebabkan penggunaan tona yang berbeza. Saya sangat suka buku ini kerana ia menggunakan kertas yang berwarna coklat. Mata tidak berasa silau apabila kita sedang membaca dan memahami isi kandungannya. Penggunaan kertas pada buku juga antara sebab saya tidak membeli novel. Kebanyakan novel di pasaran menggunakan kertas putih. Ia memang kelihatan cantik, tapi yang sebenarnya kertas putih itu kurang sesuai kerana ia membalikkan cahaya dan menyebabkan silau.
Buku ini saya beri 5 bintang dari 5!! heeee.. Saya sarankan buku ini buat ibu-ibu yang sedang mengandung. Saya boleh katakan anda boleh jadikan buku ini sebagai buku teks utnuk penyusuan. Atau juga buku resepi bagi penyusuan. Buat bakal2 bapa, silah cari buku ini dan hadiahkan kepada isteri terchenta anda. Di dalam buku ini, setiap keadaan disentuh dengan terperinci. Namun begitu, Sue Cox tidak menggunakan kosa kata yang berat. Penggunaan perkataan yang mudah menjadikan pemahaman si bu lebih senang. Kenapa saya katakan buku ini umpama buku resepi dalam penyusuan? Ini kerana, Setiap penyelesaian bagi masalah yang dihadapi si ibu disusun dalam bentuk format nombor. Jadi, lebih mudah untuk mencari dan membacanya.
Buku ini boleh didapati secara online melalui MPH. Atau juga hubungi susuibu.com dan buat tempahan dengan mereka. Rasanya boleh juga didapati melalui ebay dan amazaon. Tapi yang ni, adalah lebih baik kalau kita punya teman yang tinggal di luar negara utk orderkan buat kita dan kemudian tlg poskan buku ke Malaysia!
Di dalam buku ini, bakal2 ibu disarankan untuk belajar mengenai teknik penyusuan dengan betul walaupun si kecil masih belum lahir lagi ke dunia. Si ibu digalakkan mencari tempat (spot) atau posisi yang sesuai yang bakal dijadikan tempat atau posisi yang dikehendaki semasa proses penyusuan berlaku! Ya, ia nampak mudah, tapi yang sebenarnya ia juga harus dipelajari. Jadi, bakal ibu dah tahu apa yang akan berlaku apabila bayi bakal lahir kelak!
Salam…
MasyaAllah..sengal betul lah semenjak dua nih. Mood nak update blog tu nan ado. Padahal dah buka admin page, tapi takde apa yg ditaip. Makin hari memang makin sengal. Sejak berkecimpung dengan dunia penyusuan susu ibu ni, Cik Yut terjebak sekali dalam dunia ‘memakaikan-bayi-anda-dengan-lampin-moden’. Sekarang terjebak pula dengan dunia ‘memakai-bayi-anda’. Memakai bayi? Camana pula tu?
Hehehe…kalau dalam bahasa Inggerisnya ialah ‘babywearing’. Sangatlah seronok. Sebenarnya dah terjebak dari masa Azzalea lahir lagi. Tapi kali ni terjebak lebih dalam. Saya sudah pun menempah satu mei tai dari Kak Neeza, tapi tah bila nak pi ambil. Lepas tu teman MBfPC saya, Cik Fathin sgt le baik hati pinjamkan MobyWrap kepunyaannya utk saya berlatih guna. Tgk ni..
Kotak yg smp di rumah
Isinya : ingatkan ada MobyWrap aje. Rupanya siap dengan bahan bacaan!
Utk pertama kalinya!
Selesa sgt bila pakai MobyWrap sbb beban jatuh atas dua bahu. So tak penat. Tapi masa ni, Azrie sgt fussy. Waktu tgh berlatih guna ni, waktu menyusu Azrie tak tentu. Jadi dia tak dok diam, kejap2 nak minum. Dah la tu, pakaian pun tak sesuai. Nak pakai MobyWrap ni, kena pakai nursing cloth sekali. Baru baby dapat nurse dlmnya. Terima kasih Fathin sbb sudi kasi pinjam! Dah tu, sekali dgn bahan bacaan supaya saya dapay buat rujukan.. hehehe..
Selain Moby, saya memang dah ada Ring Sling. Ni dari masa Azzalea lagi. Lepas Azzalea dah pandai jalan dan berlari, RS tu tersimpan aje. Ni barule dapat keluarkan semula. Saya sebenarnya lebih suka MobyWrap tapi disebabkan kainnya yang panjang berjela tu, tidakle tergamak nak bawa keluar Moby tu. Udahle pinjam. Nanti rosak, susah hati le sesangat. Ni nanti nak pulangkan kepada tuannya.
Ni Azrie tgh menyusu dalam Moby.
I dah pandai le nak adjust sket MobyWrap tu bila dia nak minum dan selepas dia minum.
Ni Azrie dalam RS.
Masa ni dok shopping berdua dengan ayahnya kat C4, Alamanda. Masin lagi sedang belajar menggunakan RS dengan betul.
Begitulah cerita saya mengenai memakai bayi ni. Maaf ye. Saya budak baru belajar. Jadi saya tidak berapa tahu mengenai mana yg baik, mana yg sesuai atau yang seumpama dengannya. Kalau saya nak tahu pasala apa2 mengenai babywearing ni, selalunya saya akan contact sifu saya dlm hal ni iaitu Cik Shida. Dia mmg ada banyak koleksi. Terbaeeek wook! >_< Memakai bayi ini dicadangkan kepada semua ibubapa. Sebabnya setelah 9 bulan bayi dalam kandungan, adalah baiknya mengendong bayi untuk 9 bulan lagi. Banyak kebaikannya bila kita mengendong bayi ni. Mmg le kalu ikut org2 tua, mereka tak suka kita dok berdukung je anak tu. Katanya nanti susah nak buat kerja.
Tapi yg sebenarnya, bayi sendiri lebih suka dikendong. Mereka sebenarnya rasa lebih selamat bila dalam posisi macam gambar atas. Sudah le melekat pada ibu. Dapat dengar degupan jantung ibu, dapat merasa hangatnya badan ibu. Tak ke si bayi tadi rasa selamat dan selesa? Bila bayi merasa yg dia akan selamat apabila bersama ibubapanya, perkembangan otak dan juga sahsiah bayi dapat berkembang sebaiknya. Apa saja yg terbaik buat si kecil, patut kita lakukannya kan.Selamat memakai bayi!
Salam…
Tahun ni Azyana ke tadika. Mula-mula merancang ke tadika lain, tapi akhirnya ke tadika lain. Tiada masalah apa2 dengan tadika yang mula-mula tu. Ni ialah keputusan saat akhir. Tetiba je saya rasa nak buat benda lain. eeh. dalam erti kata lain, berlakukan ujikaji ke atas anak2 sendiri..hehehee…
Tapi, bukan boleh hantar Azyana sorang, kena hantar Azzalea sekali. Sbbnya mereka berdua ni macam isi dengan kuku. Ke mana bersama. Terutamanya Azzalea yang akan rasa susah hati kalau tak nampak Azyana. Azzalea ni yang banyak jaga kakak dia, bukan kakak yang jaga dia.. hahaha.. terbalik!!
Sebelum pergi tadika, sarapan dulu ye!
Ni lah tadika AZ Duo ni. Sempoi!!
Sesudah balik dari tadika, ke taska pula!
Agak2 boleh tak Azzalea nak daftar masuk tahun 1 dengan Azyana nanti? Harap2 sekolah tu akan bagi. Siapla Ibu dia. Nanti budak berdua ni bergosip dalam Mandari, sepatah haram Ibunya tak paham. Nganga ajalah nanti. Saya pernah ambil kelas Mandarin masa belajar di universiti dahulu. Tapi separuh jalan aja. Tak kuat semangat langsung!! Nampak gaya kena sambung kelas balik la nih.. >_<
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||