*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Education’ Category


Kenapa Shaklee??

Feb 18, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Masa saya tgh update blog ni, Cik Azzalea saya pun sibuk bangun sama. Dari jam 3.30 tadi puas le dok buai tapi tidak gak lelap si tuan puteri ni. Jadi nak bagi dia diam, saya pasangkan TV saluran ASTRO CERIA 611.. Siaran sekarang ialah Fifi the Flowertots. Nasib baik diam. Dptle bonda tercinta nak update..

Shaklee.. Saya tak pernah dgr pun nama ni sebelum ni. Sepatah pun saya tak pernah tahu apa ke bendanya Shaklee nih. Shaklee telah diperkenalkan oleh Kakn N kepada saya semasa saya berhasrat nak menyusukan Azzalea. Kegagalan menyusukan Azyana dulu membuatkan saya sgt dedikasi utk mencari ikhtiar macamana nak menyusukan Azzalea. Bila saya masuk forum SusuIbu.com, saya berkenalan dgn Kak N dan kakak ku yg sorang ni telah perkenalkan saya dgn instant protein, ESP (Energizing Soy Protien). Sanggup hantar ke rumah lagi. Kebetulan rumah tak jauh. Walaupun pakcik memandu smp tersesat2, smp jg ke rumah. Terima kasih Pakcik Hussain dan Makcik Salwa!!

Umum tahu barangan ini datangnya dari luar negara. Tapi apa yg special sgt smp saya tak boleh tidur kalau tak pekena ESP ni? Keaslian. Yup. Barangan Shaklee ada banyak jenis. Tapi yg paling dititikberatkan ialah supplement2nya. Mmg anda boleh dapatkan pelbagai jenis supplement dari farmasi yg berdekatan tapi pernahkah anda tahu bahawa supplement yg anda makan itu kurang asli. Setiap botol supplement yg anda beli pasti terdapat silica gel di dalamnya. Fungsi silica gel ini ialah untuk memberikan ketahanan kpd pil2 dlm botol itu. Perasan tak ada silica gel yg sama dlm dompet atau handbag yg anda baru beli. Atau dlm kasut yg anda beli kat kedai tadi. Uugh….Faham tak maksud saya??

Pil supplement anda seumpama kasut atau beg tadi. Tanpa silica gel, pil2 itu tidak akan bertahan lama dlm botol itu dan ia akan berkulat. Yaiks *-* Jadi apa pilihan anda sekarang??? Tentulah Shaklee. Dalam setiap botol Shaklee, tiada silica gel. Jadi anda tak perlu terasa mcm makan kasut. heheh… Setelah setahun saya menggunakan produk Shaklee dan berpuashati dgnnya, sekarang tibalah masanya utk saya berkongsi dgn anda. Produk ini sesuai dimakan oleh semua golongan. Azyana yg kurus itu saya beri meal shake utk menambahkan selera makannya. Walaupun selera makannya masih mendatar, tapi badan dia naik dan nampak berisi sikit. Takpe, saya akan perkenalkan produk ini satu persatu di masa akan datang.Yg penting, saya ingin berkongsi kebaikannya bersama semua.

Signs and symptoms look out for in your child’s eyes

Dec 13, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Education

1. Child sits close to the television set and holds book extremely close to his/her eyes.

2. Eye pain.

3. Enlarged eyeball.

4. Abnormal eye movement (eyeball turns inward, outward, upward or downward).

5. Narrowing the eyes for distance vision.

6. Rubbing eyes.

7. Frequent blinking.

8. Tearing.

9. Redness of the eyes.

10. Sensitive of light

Apakah Tahap Penglihatan (VA) mata anak anda?

Dec 13, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Education
Tahap penglihatan atau visual acuity (VA) ialah ketajaman penglihatan yang fokus kepada retina dan sensitiviti intrepretasi dgn otak. Diukur dgn menggunakan symbol hitam di atas layar putih pada jarak 6 meter atau 20 kaki (menggunakan Carta Snellen).

Tapi untuk bayi atau kanak-kanak, kita tak gunakan Carta Snellen ni. Alat yg digunakan adalah alat2 yang telah dicipta yg bersesuaian dgn umur anak2 ni. Pada masa kelahiran, mata belum terbentuk secara sepenuhnya. Sebab itu, di awal kelahiran, bayi ni belum nampak apa lagi. Pandangan bayi hanyalah layar hitam putih yang masih kabur. Apabila bayi membesar, matanya akan melalui proses emmetropisasi, iaitu proses pemanjangan atau pemendekan yang stabil.

Kuasa kanta semasa kelahiran bayi adalah +24D dan bola mata bayi adalah sgt pendek. sesuai dgn proses emmetropisasi tadi, penglihatan bayi akan berkembang dari masa ke semasa. Dari layar hitam putih yang kabur, ke layar yang lebih jelas dan seterusnya ke layar yg berwarna. Sbb tu kalau nak buat flash card masa anak2 ni masih bayi, gunakan flash card 2 warna; latar hitam dan tulisan merah atau putih.

Masa kelahiran, anggaran VA mereka ialah 6/300 (ibarat pegang bola yg sgt besar kat dpn dia pada jarak 6 meter).
Pada umur 1 bulan, 6/200 – 6/90. 3 bulan pula 6/90 – 6/60 (bola tu dah semakin kecil!!). Anggaran VA pada umur 6 bulan ialah 6/36 – 6/30. Semakin anak2 membesar, penglihatan mereka semakin baik.
Pada umurnya 9 bulan, anggaran VA adalah 6/24. Pada usia anak2 ini setahun, anggaran VA akan menjadi lebih baik lagi iaitu 6/18.
Anggaran VA pada usia 18 bulan adalah 6/12. 2 tahun, 6/12 – 6/9.
Pada usia 3 tahun, 6/9 -6/6 single letter. Pada usia 4 tahun 6/9 – 6/6 crowded.
Dan pada usia 5-6 tahun, 6/6.

Ini adalah anggaran, kadangkala mungkin lebih baik, kadang kala mungkin lebih teruk.

Macamana pula dgn kuasa refraksi mereka?? Pernah tak anda tgk anak2 kecil yang telah memakai cermin mata yang sgt tebal?? Kesiankan. Tapi itu yang perlu ibubapa buat. Mmg nampak sedikit pelik atau memalukan. Tapi kalau tidak diberi bantuan dgn pemakaian cermin mata, mungkin anak2 tadi akan menjadi ‘buta’ (mereka nampak tapi tak jelas penglihatannya). Ini boleh mengakibatkan kesukaran dalam kehidupan anank2 ini.

Disebabkan semasa kelahiran bola mata bayi adalah pendek, jadi kuasa refraksi anak2 ini sangat tinggi pada masa ini iaitu lebih kurang +3.00 – +4.00D. Kuasa refraksi ini akan berkurangan sejajar dengan proses emmetropisasi tadi. Kalau bola mata menjadi pendek, kuasa tadi akan bertambah. Kalau bola mata menjadi panjang, kuasa tadi akan berkurangan.

Pada umur 6 bulan, kuasa refraksi yg dianggarkan ialah +2.50D. 9 bulan, +2.25D.
Menjangkau usianya pada 1 tahun, kuasa refraksi semakin berkurangan. Ia telah menjadi +2.00D dan +1.50D pada umur 18 bulan.
Umur 2 tahun, +1.00D, dan dari 3 – 6 tahun, anggaran kuasa refraksi adalah +0.50D.

Ini juga anggaran. Kuasa refraksi ini bergantung kepada pemeriksaan yg telah dijalankan oleh optometris kpd mereka. Kebiasaannya, optometris akan memberikan ubat titis iaitu agen sikloplegik (dilated agent) utk merehatkan sistem akomodasi dan penglihatan serta mengembangkan iris (anak mata). Anak2 kecil bukan macam org dewasa yg boleh duduk diam dan fokus pada target. Jadinya, dgn menggunakan dilated agent ni, memudahkan tugas optometris dan kuasa refraksi yg diperoleh juga maksimum.

Ok tak?? Pemeriksaan awal boleh lah bermula pada umur mereka 1 tahun. Kalau takde apa2 masalah, lakukan ia setiap tahun. So, jgn segan2 bawa anak2 berjumpa optometris yg berdekatan. Pastikan juga kedai cermin mata yg anda singgah tu mempunyai optometris atau optician yg berdaftar dgn Majlis Optik Malaysia (MOM). Kalau takde, boleh la buat aduan kat MOM ye..

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta