*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Assalamualaikum wbt…
Ketika ini sedang bersendirian. En Lan dan Azrie di padang, sibuk untuk persiapan sukaneka di taman esok. Azyana dan Azzalea di rumah Papanya. Saya sedang sibuk mengupload gambar tepung di FB, mengupdate blog dan macam-macam. Perlu cepat. Nanti Azrie balik, dia nak berkepit aje.
14hb Januari yang lalu, Azyana dan Azzalea menghadiri kelas renang mereka yang pertama. Sudah lama mahu hantar mereka ke kelas. Alhamdulillah, melalui Tadika Ubudiyah (Cerdik Takwa) mereka dapat menghadirinya. Walaupun Azzalea tidak ke tadika lagi, tapi dia diajak ke sana juga.
Comel-comel anak-anak ni…
Latihan dalam kolam
Seronoknya! Next time ibu nak ikut diorang p kelaslah! hahahha… Kemudian, ibu pun masuk kolam juga.
Pejam celik pejam celik dah masuk 2012. Sesi persekolahan yang baru akan bermula esok. Walaupun Azyana masih lambat lagi, tetapi sudah terasa juga bahangnya. Esok Azyana bertadika. Tahun dia pergi tadika lain pula. Kalau tahun lepas dia ke Tadika Susila, tahun ini dia ke Tadika Cerdik Takwa. Agak-agak, rancangan ibunya untuk hantar dia sekolah SJKC berjaya atau tidak??
Gambar di atas bukan kepunyaan saya. Terima kasih kepada empunya, saya pinjam ya. Bila tengok gambar ni, teringat masa saya sekolah dahulu. Bapak akan ambil gambar saya dan adik pada setiap tahun hari pertama kami sekolah. Pagi-pagi buta nak pergi sekolah, mesti posing dulu. Kemudian, dia akan hantar kami ke sekolah. Begitulah dari mula tadika sehingga saya tingkatan satu. Hanya ada sekolah menengah, tiada lagi gambar hari pertama bersekolah sebab saya akan mendaftar masuk ke asrama pada hari Ahad. ooh, rindunya!
Buat anak-anak yang mula bersekolah,belajar sehabis baik ya! Kalau tak suka belajar pun, jangan monteng. Banyak lagi cara untuk alihkan kreativiti anak-anak. Buat ibubapa (sayalah tu!), jangan terlalu risau dan jangan terlalu mendesak! Biarkan anak-anak belajar dengan penuh gembira. Biarkan mereka explore alam persekolahan mereka!
Cermin Mata | Cerita pasal IPD
.
.
Berapa ramaikah pembaca yusrinahata.com yang memakai cermin mata? Berapa ramai yg ada pasangan, atau ahli keluarga atau sanak-saudara atau juga teman taulan yang memakai cermin mata? Berapa ramai pula tahu mengenai cermin mata yang dipakainya?? hehehe.. Saya pasti, ada separuh yang tahu dan ada juga separuh yang tidak tahu.
.
.
Disebabkan profession saya berkaitan dengan mata dan juga cermin mata, maka adalah cerita-cerita yang tersembunyi di sebalik cermin mata yang dipakai itu. Apa yang saya nak kongsi adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang saya kutip di tempat kerja! (Saya suka kerja saya! ^_^ )
.
.
Saya akan huraikan satu persatu sebabnya dengan sebaik mungkin. Oleh itu, setiap satu sebab akan diceritakan dalam post yg berlainan ye! Ok, sebab yang pertama ialah :
.
Jarak pupil
Jarak pupil atau bahasa Inggerisnya Interpupillary Distance (IPD) digunakan untuk menentukan kedudukan Optical Centre (OC) pada cermin mata. Sekiranya kedai yg kalian pergi utk buat cermin mata tu tidak mengukur IPD, maka terdapat kebarangkalian kalian akan kurang selesa dengan cermin mata kalian. Bagaimana nak tahu yg mereka ukur IPD??
.
.
Alat untuk ukur IPD ni ada macam2 jenis. Ni contohnya :
.
.
Ada juga alat pengukur automatik, seperti ini
.
.
Dengan menggunakan pembaris PD ni, pemeriksa akan melakukan ini :
.
Pembaris itu diletakkan di hadapan mata kalian.
.
.
Kenapa perlu ukur IPD?? Sebabnya setiap antara kita ni IPD tak sama. Kalau pukul rata, bacaan IPD di Malaysia ialah 62-63mm. Tapi itu macam org yang saiz Cik Yut atau En Lan. Ada org IPDnya kecil dari purata, ada org lebih dari purata. Bacaan IPD yg kurang tepat boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si pemakai. Orang yang bermuka besar, belum tentu IPDnya juga besar. Dan org yang bermuka kecil, belum tentu IPDnya kecil. Begitu juga pada anak kecil. Saiz IPD anak2 adalah lebih kurang 53-56mm. Ada juga si kecil yg mempunyai IPD yang kurang dari ini, atau yang lebih dari ini.
.
.
Bagi mereka yang mempunyai ralat refraksi yang rendah, di antara 0.25DS hingga 0.75DS dan -0.25DC hingga -0.75DC mungkin tidak merasai sangat ketidakselesaan itu. Kesan ini lebih dirasai oleh mereka yang mempunyai ralat refraksi lebih dari ini. Oleh yang sedemikian, pastikan sebelum anda membayar harga cermin mata atau keluar dari kedai selepas memilih bingkai cermin mata anda, si tukang jual telah mengukur IPD anda. Kalau mereka tidak mahu ukur atau tidak tahu ukur, saya sarankan anda ke kedai yang lain.
.
.
Tiada IPD –> OC tidak tepat –> menghasilkan kesan prismatik –> pening, meloya, muntah dsbnya
.
.
Cermin Mata | Cerita pasal IPD
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | ||||