*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Cooking Time’ Category


Misi 004

Jun 28, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Cooking Time

Salam…

Hari2 dok teringat daging kat dalam freezer tu. Jadi, dengan bantuan dari peralatan yang baru dibeli ni, Cik Yut dengan jayanya telah menyiapkan suatu juadah. hehhe… Korang jgn le tgk rupanya atau tanya rasanya. Semua itu masih dalam proses penambahbaikan. Cik Yut kena ngaku yang Cik Yut bukan org yang pakar masak. Kalau dalam senarai, mungkin ia dibawah. Ms tgh update blog ni, Cik Yut sedang menonton rancangan Oprah. Kali ni Oprah ajak Jamie Oliver..huhu.. Mmg suka sgt dgn mamat ni. Dia sempat bagi dua menu yang sangat senang tapi menyihatkan. Cik Yut perlu cuba!!!

Ok, berbalik kepada misi 004. Ni adalah juadah pada hari Sabtu!

Ni lah kuali ajaib tu!!

Jangan tgk dinding dapur tu. Baru sudah masak sardin.

Daging yang telah direbus, dipanggang di atas kuali ini.

Daging yang telah dipanggang, dihiris nipis.

Tara…..

Alaaaaa..cara masak gulaikan sama je. Yang lain, isinya saja.

Menu untuk tengahari!!

Mmg dimasak utk satu mangkuk itu sahaja ye! Really small portion! >_<

Misi Masakan 003

Jun 17, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Cooking Time

Salam…

Tiba-tiba saja jadi misi 003. Mana misi 001 dan 002? Hahhaaa….ada aku kesah? Sebenarnya hari sangat le teringin nak masak sambal udang dengan petai. Tapi tidak le pula memanjangkan langkah ke kedai untuk mencari petai. Ingatkan nak tunggu En Lan pulang dari kerja dan ajak dia ke pasar malam Seksyen 4. Boleh le cari sikit barang dapur untuk minggu depan. Disebabkan En Lan pulang lewat, jadinya dok memikir nak masak apa.mmmm… Pikir punya pikir. Tenung punya tenung. Inilah hasilnya….

Yang dalam mangkuk putih tu ye. Yang dalam bekas TupperWare warna hijau tu adalah misi 002. Misi 002 adalah Kurma ayam. Misi 003 adalah bergedil daging. hahahaaa… Gilelah. Ni lah sebenarnya kenapa Cik Yut tak nak masak. Sebab, nak jadikan seketul tu, kena buat macam-macam perkara. hahaaaa.. Gelak lagi untuk diri sendiri. hheeee…..

Oh ye, Cik Yut telah membeli satu lagi peralatan memasak sebagai galakan untuk diri sendiri. Sebenarnya dok berangan nak beli ketuhar yang dalam dia ada pemusing ayam tu. Tapi kita cari yang murah dan praktikal aje dulu lah ye. So, inilah hasil rembatan Cik Sumi buat Cik Yut..

Tgklah nanti misi apa yang akan Cik Yut buat…heheheee…

p/s : Hati rasa gundah. Apa yang sebenarnya terbeban dalam diri ni? Maafkan saya sekiranya kalian merasakan saya berdosa pada kalian, dan jangan risau, saya telah memaafkan kalian sekiranya kalian bersalah kepada saya. ‘Pergilah rasa yang kurang enak ini..saya tidak menggemari kamu!’

Misi dah mula….???

Jun 13, 2010 Author: Cik Yut | Filed under: Cooking Time, Motivational

Salam…

Patutkah saya menggelakkan diri saya sendiri? Saya ingin menyertai misi ini, tapi sehingga hari ini belum dapat satu pun berjaya dilaksanakan. huhu.. Mungkin satu, tapi boleh dikirakah??

Ini ialah masakan campak2. Tiada dalam mana2 buku. Daging cincang dimasak dgn sedikit rempah dan kicap dan sebiji telur. Nasib baik sedap. Kalau dah masak ala campak2 ni, mmg tak tau le rasanya macamana. Semuanya secukup rasa aje. Nak kata masak kicap, kicap tu sebagai pengganti garam. Tak banyak pun. Hehhe.. Saja tak nak tunjuk hasil, sbb saya tak buat hiasan pun. Usai masak, masuk saja ke dalam bekas dan letak di atas meja dan makan!

Bila tiada apa perkara nak buat (padahal banyak agenda tersusun untuk saya!) , saya cuba luangkan masa untuk membelek buku masakan saya. Dalam simpanan saya mmg ada dua buku ni saja. Tiada majalah lain, tiada buku lain. Teruk betulkan. Mungkin perlu ditambah selepas ni. Sebenarnya saya lebih banyak melihat resepi dari internet tapi disebabkan tiada pencetak, saya hanya baca sahaja, menyalinnya pun tidak (melampau juga ni!!)

Buku tulisan Jamie Oliver itu sememangnya dicadangkan oleh Mamafiza. Namun saya hanya mampu membelek-belek sahaja. Percaya atau tidak. Peti ais saya masih kosong. Dapur saya juga kosong. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sememangnya tiada. Hanya bahan asas seperti bawang, halia, asam keping dan garam. Ada lain2 juga tapi tidak begitu banyak. Malu sungguh. Anak dah nak masuk tiga, tapi masih belum berupaya ke dapur. mmm.. Sememangnya ini merupakan satu misi buat saya. Mencabar kemampuan diri sendiri. Saya tahu, ada orang tak perlu nak baca dari buku, tak perlu ke kelas untuk belajar, mampu untuk menguruskan dapur. Tapi saya orangnya yang perlu belajar apabila mahu melakukan sesuatu. Tiada yang datang semudah itu.

Setakat ini, bagi memastikan saya dapat mencapai misi ini, saya dah siap2 kupaskan bawang merah dan bawang putih. Senang. Nanti nak masak, terus tumbuk atau cincang aja. Cili kering pun dah siap dikisar. Selalunya saya beli aja cili kisar ni di kedai. Sekali sekala buat yang sendiri punya apa salahnya kan. Petang tadi di rancangan masak, Jamie ajar buat ‘ketchup’ sendiri.. Agak2 bekalan dah habis nanti, nak tak saya buat sendiri?? >_<

Operasi untuk mengisar cili

Baiklah. Diharap saya dapat melaksanakan misi ini. Masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan diri!

Sampai jumpa lagi!

Berapa haribulan??

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta