*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Alkisah Blog’ Category


New home!!

May 21, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya jg mendapatkan template yang baru..

Macam pindah rumah pula. Itu pun byk lagi link yg belum ditambah. Yang lama punye dah banyak, tapi bila pakai template baru, kena la buat semuanya dari awal.

Mungkin ada cara lain..tapi takpe..pelan2 kayuh!!!

Ada bakat tak??

May 3, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog




Sekarang ni si Kakak tgh rajin mengambil gambar. Pantang nampak kamera atau hp aku, abisla…Sume benda jadi objek… Termasukla lubang hidung dia dgn gigi dia yg sumbing tuh…. Memana yg ada kawasan gelap tu, tu le duduknye jari jemari dia… dia letak jari kat depan lensa, gelapla….Puas dah ngajar…Takpe kita kayuh pelan2….

HOOORAY!!!

Apr 28, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Alhamdulillah, atas bantuan Megat, dapatla kami semula talian internet di rumah ni. Tapi aku tak dapat nak gunakan WiFi kerana router dah rosak. Rupa-rupanya, modem, router n connection card dah ‘terbakar’. Kena lightning la.. Baru-baru ni kan KL selalu hujan… Nak buat macam mana.. Modem ni dah tukar utk kali yg kedua, dan aku tgh tunggu technician dari TMNet datang utk hantar modem yg ketiga. Masih dalam jaminan, boleh la nak rosak je…. Minggu ni adalah minggu kedua aku bekerja setelah berehat panjang dalam cuti bersalin tempoh hari.

Semenjak dua menjak ni, kepala aku dok berputar pasal nak home-schooling, stay at home mom, n etc…Kalu difikirkan sejenak, ada hikmah dan maksud disebalik setiap kejadian yg berlaku. Apa yg berlaku itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tidak semua ibu2 di atas muka bumi ini dapat berada di rumah dan menjalankan kerja-kerja di rumah. Ada ibu2 yg punya tanggungjawab dan amanah yg lebih besar. Bukat setakat menjga dan mendidik anak2 nya sendiri bahkan ada ibu2 yg memikul tanggungjawab utk mendidik anak2 org lain. Ye itu ialah tanggungjawab seorang ibu yang bergelar GURU.

Bagi ibu yg bergelar DOKTOR, mereka bertanggungjawab ke atas kesihatan pesakit2 di bawah jagaan mereka, memastikan pesakit mereka dapat kembali sembuh dan menjalani kehidupan mereka semula. Hari ini aku lebih banyak berfikir lagi. Setelah 4 tahun aku menuntut ilmu dan dgn ilmu yg aku miliki itu seharusnya aku gunakan utk kebaikan semua org, takan aku tega utk menjadi seorang yg pentingkan diri dgn berhenti kerja dan hanya duduk di rumah di samping suami dan anak-anak… Pastinya Allah murka pada hambaNya yg satu ini..Nauzubillah…

Aku telah belajar selama 4 tahun utk bergelar seorang Optometris, pakar penglihatan. Seharusnya tugasan ku adalah membantu insan2 lain yg mempunyai masalah dgn penglihatan mereka. Berbakti semula kepada masyarakat. Ye, itu adalah sumbangan ku. Aku lakukannya dgn seikhlas hati. Ku hadapi kerenah2 pesakit yg datang tidak kira bangsa, tidak kira umur, mahupun pangkat mereka. Itu adalah ketetapan Allah utk ku…

Walaupun begitu, aku masih tercari-cari utk apakah aku dilahirkan di dunia ini?? Apakah sebenrnya yg perlu aku lakukan?? Apakah perkara yg dapat memuaskan hati ku sebagai seorang insan di muka bumi ini, sebagai makhluk yg berkongsi alam dgn makhluk2 lain?? Apakah makna kehidupan ku?? Masih banyak lagi kekosongan yg ada dalam hidup ku?? Apakah ia?? Semoga Allah akan sentiasa membantu dalam pencarian ini. aku mahukan kehidupan yg lebih bererti….Insyallah..

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta