*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for the ‘Alkisah Blog’ Category


Bengkel oh bengkel

Jul 6, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Sepatutnya aku ada bengkel hari ni. Tajuk bengkel kali ni ialah WORKSHOP ON ORTHOKERATHOLOGY. Dah nama pun bengkel, so kali ini pembelajaran lebih kepada hands-on. Tapi kalau mengikut aturcara program, lebih banyak kepada slaid. Hhuhuhu…aku yakin, sebelah petang mesti aku dah mengantuk. Dari masa belajar dulu pun aku mmg suka tidur dalam kelas.

 

Hahahah… Teringat masa dalam tingkatan 5. Masa tu aku lah Sleeping Beauty. Seawal jam 9 pagi, aku dah menguap-nguap dalam kelas. Teruk betul kan??!! Paling teruk kalau pagi-pagi tu kelas Bahasa Malaysia… Minta maaf ye cikgu!!! Cikgu aku belum masuk lagi, aku dah siap gosok2 mata dah. Teman semeja aku merangkap teman baik aku (Puan Nur Ain bt Zakaria, dulu cik la yee..) dah masak sangat dengan perkara ni. Tak tau lah kenapa masa tingkatan 5 tu tabiat tidur dalam kelas tu semakin menjadi-jadi. Sebenarnya, tabiat ni dari tingkatan 1 lagi. Dan ia semakin teruk hingga ke tingkatan 5.

 

Tapi waktu tidur yang paling aku suka ialah semasa kelas matematik. Hehehe…Cikgu tak pernah kacau aku kalau aku tidur. Dia terus je mengajar. Walaupun aku duduk belakang, cikgu masih boleh nampak dari depan. Pelajar dalam kelas aku sikit je, 24 orang. Nisbah lelaki kepada perempuan, 1:2. Anda akan lebih nampak lantai dari pelajar bila masuk kelas aku.. hehehe…Oh ye, kenapa cikgu aku tak akan kejut aku tidur??!! SEBAB aku selalu dapat markah penuh dlm periksa utk kertas Matematik.. heheh..sebab tu la dia tak kejut. Nanti banyak sgt soalan yg aku tanya…

 

Cukupla pasal tidur. Berbalik pada bengkel yg aku patut hadir hari ni dan semalam. Semalam aku tak dapat pergi sbb takde org nak jaga budak2 kat umah. Mak bawa Ayin dgn su pi Melaka. Last minute baru cakap kat aku.. Memula mak cakap kalau su tak pergi, dia nak bawa Azyana. Tapi En Lan tak mahu anak nya pergi. Aku pula dah cakap jgn bawa kat mak, dia nak bawa gak. Last2 terpaksa la aku tak pergi. Hari ni, sebab semalam dah tak pergi jadinya hari ni pun malas lah. Hehhe… Nasib baik gak tak pergi, Azyana demam panas pula. Mmg la kat rumahhari ni ada ramai org. Bapak ada, Ayin ada, Su ada. Tapi bila dah anak2 tak sihat, aku lagi sanggup tunggu kat rumah. Kalau aku pi pun bengkel tu, mesti kepala aku dok merewang je. Nak harap En Lan…mmmmm…. tak per la. Dia bukan tak boleh jaga. Aku je yang tak percaya dia boleh jaga ke tak.

 

Aku pun selalu EL kalau anak2 tak sihat. Bos dah siap2 soubd dalam meeting. Katanya lepas ni kalau ada sesapa yg EL lagi, tulis surat tunjuk sbb. Nasib ko mmg baik sbb ko bos. Kalau tak mau je aku maki ke sumpah seranah ke. Yela, org takde anak mana nak tahu camane jaga budak, mana dia nak tahu apa masalah bila nak layan hal anak2. Cakap senangla.. Nak je aku bg test kat dia. Nak suh dia jaga budak seminggu. Hehehe..Confirm datang klinik dgn garisan bawah mata…kahkahkah…

 

So, plan hari ni..tunggu itu bos celik mata.Then pergi tgk wan dia kat umah Cik (kat Klang sana)…

siap-siap….

Jun 27, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog
Hari ni saya ambil cuti sbb nak buat persiapan utk majlis besok.
Insyallah, besok kami nak buat majlis tahlil dan cukur jambul utk Azzalea.
Kalau ikut hati, malas nak buat majlis. Cukur je la rambut dia. Tapi bile pk, ni la waktu sedara mara nak berkumpul. Takpe la penat. (masak sendiri ooo, tak pakai katering..)
Sbb tu buat hari sabtu. At least, hari Ahad boleh rehat…
Utk besok, aku suh suami Izza, Kaluq ambilkan gambar. Tah aper gambar yg dia nak ambik tah tak tau laa….

Jun 25, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Hari post takde topik…

Kenapa??? sbbnya aku tak boleh nak pikir..
Teringin sgt nak post topik2 yg lebih berbentuk ilmiah..
Bukan takde masa, tapi aku agak susah nak dapat duduk dgn senang hatinya bila mengadap komputer… Dah duduk sekejap kang, Kakak bising..Dapat duduk sekejap lagi, Adik pulak.. Last2, tak duduk pun kekadang.. Ni pun berkejar-kejaran….

Tapi..insyallah, aku akan cuba sedaya upaya..
harap2 post akan dtg, (selain dari aktiviti seharian) akan ada post yg dapat dimanfaati bersama pembaca yang lain…

Berapa haribulan??

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta