6 Cara Menggunakan Internet Untuk Menambahkan Pelanggan

 

  • Oleh: Irfan Khairi

    Mungkin sebelum ini, usahawan bila berniaga hanya fokus kepada 1-2 cara sahaja dalam menambahkan pelanggan. Sebenarnya, lagi banyak cara yang digunakan, maka lebih ramai pelanggan boleh kita dapat. Cuba lihat 6 senarai ini… adakah anda sudah melakukannya untuk menambahkan pelanggan?
    Sekiranya belum, maka, pastikan anda tidak lepas daripada menggunakan teknik dan strategi ini untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.
    Cara 1 : Gunakan BLOG seperti blogTip Satu minit IrfanKhairi.com. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog yang profesional dengan nama domain yang juga profesional adalah dimestikan! Blog juga disukai oleh enjin pencari dan lebih mudah dibawa kehadapan enjin pencari.
    Cara 2 : Gunakan FACEBOOK, paparkan gambar-gambar menarik mengenai produk anda, kongsikan ilmu, kongsikan informasi berguna, tetapi hati-hati, jangan asyik promosi sahaja di facebook anda, tetapi kena selang-seli dengan info penting.
    [PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah berjaya membantu ramai surirumah, mereka yang bekerja dan juga usahawan dalam memulakan perniagaan di Internet! Klik di sini]
    Cara 3 : Gunakan YOUTUBE, uploadkan video-video informatif yang berguna ke youtube. Sampaikan mesej dan berbagai pengetahuan tentang produk anda. Muatkan juga testimoni-testimoni yang REAL. Interview secara live tentang produk atau servis anda.
    Cara 4 : Gunakan NEWSLETTER, atau lebih dikenali sebagai E-MEL yang dihantar melalui data base anda di mana pelanggan telah signup untuk menerimanya daripada anda. Berikan penjelasan dan penerangan secara detail.
    Cara 5 : Gunakan E-BOOK percuma, atau lebih dikenali PDF FILE. Muatkan segala-gala info berguna dan promosi produk anda. Berikannya secara percuma agar semua orang boleh mendapatkan info anda dengan mudah. Galakkan mereka berkongsi dengan kawan-kawan mereka.
    Cara 6 : Gunakan ARTIKEL percuma. Tulis berbagai-bagai artikel berkenaan dengan industri anda dan submit ke ezinearticles.com, pastikan anda memuatkan alamat website anda, email, dan info-info yang banyak memberi manfaat serta rujukan yang utama agar pengunjung dengan mudah berminat untuk berkongsi dengan kenalan mereka.
    Ada berbagai jenis cara dan kaedah serta strategi perniagaan Internet tentang bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk anda. Yang penting, anda harus gunakan kaedah-kaedah ini.
    Lakukan sekurang-kurangnya enam kali atau lebih banyak lagi bagus, agar segala yang ingin disampaikan melekat di hati, terbenam di minda pelanggan dan bakal pelanggan anda- pastinya ia akan menambahkan lagi ramai pelaggan. Barulah ianya berkesan. Jangan beri alasan sukar mendapat pelanggan sekiranya belum mencuba. Selamat mencuba!

 

Continue Reading

APA ITU COPYWRITING?

Copywriting boleh didefinasikan sebagai menulis suatu penulisan secara persuasif dengan tujuan mencapai jualan ataupun pemasaran. Secara kasarnya boleh dikatakan bahawa copywriting adalah penulisan iklan. Sekejap.. tulisan secara persuasif? Persuasif tu apa Farhan? Oo.. persuasif tu maksudnya memujuk.. ya memujuk orang untuk melakukan sesuatu dengan memberikan alasan.

Copywriting terdapat di mana-mana sahaja.. majalah, surat khabar, brochure, poster, papan tanda iklan, iklan di tv dan radio dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang saya nak fokuskan adalah copywriting melalui medium internet. Ya! Jika di internet.. copywriting terdapat dalam surat jualan (salesletter) sesuatu produk.

Tujuan surat jualan ini adalah untuk menjual sesebuah produk. Biasanya akan wujud penulisan yang panjang berusaha memujuk prospek/pelawat/pembaca laman web tersebut untuk membeli. Apa yang pastinya surat jualan tersebut diolah menjadi sangat menarik yang membuatkan pembaca tertarik untuk membaca daripada satu perenggan ke satu perenggan yang lain.

Kepentingan Copywriting

Copywriting penting dalam meningkatkan jualan sesebuah produk. Surat jualan misalnya adalah ibarat seperti seorang jurujual. Jika jurujual tersebut pandai bermain kata-kata, pandai memujuk dan pandai menarik perhatian.. sudah pastinya prospek akan membeli produk yang dipromosikan. Oleh itu, skil copywriting amat diperlukan dalam memastikan hal ini terjadi.
Copywriting bukan sahaja berkaitan dengan surat jualan semata-mata. Skil ini boleh dipraktikkan dalam apa jua jenis penulisan promosi. Malah boleh dipraktikkan di iklan surat khabar, majalah, blog ataupun facebook. Malah ianya juga sesuai bila anda ingin mempromosikan produk secara berdepan dengan prospek.

Bagaimanakah Copywriting Mampu Meningkatkan Jualan?

Seperti kita sedia maklum, penjualan produk melalui surat jualan memerlukan skil copywriting yang baik. Jika sesebuah surat jualan yang ditulis sambil lewa dan tidak mengikut prinsip-prinsip penulisan promosi yang betul, bagaimana mungkin pembaca akan tertarik dengan apa yang dituliskan. Maka produk yang dijual sudah pastinya tidak laku.

Jika skil copywriting dikuasai, anda mampu menulis surat jualan terbaik yang tentunya berjaya memujuk pembaca/prospek untuk membeli.. atau mungkin mereka telah berkira-kira untuk membeli. Wujudkan sense of urgency.. ataupun kerisauan (salah satu skil asas copywriting yang diterangkan di dalam Ebook Asas Copywriting), sudah tentu mereka akan membeli dengan segera dan tidak akan bertangguh dalam membuat keputusan.

Penutup

Dengan hanya mengetahui perkara asas bagaimana untuk menulis copywriting sudah cukup untuk anda berjaya di dalam perniagaan internet. Anda tidak perlukan teknik copywriting advance yang memerlukan anda mengeluarkan kos beratus USD. Ataupun habiskan duit upah orang lain untuk menulis surat jualan yang belum tentu lagi berkesan dan memuaskan hati anda. Saya 200% mengesyorkan anda untuk belajar menulis sendiri surat jualan dan lihat bagaimana teknik penulisan tersebut memberi impak besar terhadap penjualan produk anda.

Selamat Berjaya,

Farhan Isa
Penulis Ebook Asas Copywriting
www.asascopywriting.info

Continue Reading

10 tip untuk berjaya dalam bidang internet

Sudah lama tidak update blog mengenai perniagaan internet atau tips dari Jutawan Internet tersohor, Dr Irfan Khairi.

Sememangnya kalian boleh mendapatkan info dan tips terkini dari beliau, terus dari blog beliau sendiri.

 

Baiklah.. Selamat membaca.

 

Posted by Irfan Khairi :

Sedar mahupun tidak, hampir satu bulan lagi genaplah setengah tahun untuk tahun 2013, yang mana impian mahupun matlamat yang ingin dikecapi, seawal yang ditulis pada buku nota masing-masing dah ada yang terlaksana dan mungkin juga ada yang belum.

satulangkah.jpg

Belum? Aduhh dah lupa dah apa yang tulis dalam buku nota tu ya… ;) Hari ini saya nak kongsi 10 tip untuk mencapai impian yang diidam-idamkan itu, dan seterusnya, InsyaAllah, berjaya dalam bidang internet…

  1. Menulis Impian anda : Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika nak lagi best boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur.
  2. Jelas dengan impian yang dirancang : Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda.
  3. Perniagaan internet yang ingin dijalankan : Buat permulaan,Tetapkan bidang/industri yang ingin diceburi, contohnya dalam bidang kesihatan, pelajaran, atau hiburan dan sebagainya.
  4. Research: Mulakan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih.
  5. Produk dan Perkhidmatan :  Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda research info
  6. Niche market: Beri focus pada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada (tip no.3)
  7. Minat dan pengalaman : Satu kelebihan sekiranya anda berlatar belakangkan dari industri yang anda pilih.
  8. Supplier : Hubungi syarikat yang dapat menyediakan produk ataupun perkhidmatan  dalam industri yang anda ingin ceburi.
  9. Media social : Jadikan laman social yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran.
  10. Pengiklanan : Kenalkan prospek dengan Mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara pengiklanan.

Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet. dengan memulakannya pada hari ini juga – Teruskan melakukannya, untuk mengekalkan momentum untuk mencapai impian anda yang akan terhasil tidak lama lagi dalam bidang internet, selamat berjaya.

Continue Reading