Citadines Apartment Hotel

2/365

.

Perancangan awal, waktu cuti sekolah hari tu nak bawa anak-anak pusing Pulau Pinang. Berminggu-minggu juga lah si ayah menyiapkan iternari bagai. Namun, itu semua perancangan manusia. Hampir dekat dengan tarikh, Penang hujan tak berhenti-henti dan banjir sana sini.

.

Jadi, kami tangguh percutian. Dah tak tahu plak nak pergi mana. Ditambah pula bila hujung cuti sekolah tu, si Azmie tak berapa sihat sangat. Maka, ayahnya plan menginap di hotel yang berdekatan aje. Janji ada kolam!

.

.

Maka, menginap la kami satu malam di Citadines Apartment hotel di Cyberjaya. Bila sebut Bangi – Cyberjaya, rasa macam dekat je kan. Dekat-tak dekat, perjalanan makan masa hampir setengah jam juga lah. Huhuhu… Jauh rupanya Cyberjaya ni kan. Macam nak p KL dah…

.

Dah sampai Citadines Aprt Hotel Cyberjaya! Apa lagi tunggu, kita check in dulu…

.

.

Syok oooi Apartment Hotel ni, dapur ada, microwave ada, pinggan mangkuk, periuk belanga pun ada. Yang takde, lesung batu atau blender. Pisau, sudu, sudip, senduk, semua ni ada.Memang sah confirm korang boleh masak sini.

.

.

Tu ada inspector. Sibuk sungguh dia buka kabinet dapur, tengok apa ada dalam almari. Nak memasak dah ke Cik Azzalea oi? Takde gambar katil, sebab bebudak semua dah pakat landing kat katil dulu.

.

Tapi kan, sebenarnya, bila menginap kat sini. Takyah le pikir nak masak. Korang turun ke lobi balik, cari pintu ke shopping mall. Hahahahaha.. Punyalah banyak tempat makan. Silalah masuk dari satu kedai ke satu kedai ya.

.

Ok, itu je nak share dulu. Sampai jumpa lagi!

XOXO

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge