Membebel itu TERAPI

Sebut pasal membebel ni. Memang biasanya kita akan bayangkan yang mak-mak la yang akan selalu membebel. Betul tak? Jarang nak lihat ayah, bapak, daddy membebel. Tapi kalau kena waktunya, diorang membebel lagi dahsyat dari mak-mak.

.

Empat tahun lepas, saya masih bekerja. Dah nature kerja adalah sentiasa bercakap. Bercakap dengan pesakit. Bercakap dengan doktor. Bercakap dengan rakan sekerja. Jadinya, bila balik ke rumah, saya kurang sangat lah nak bercakap. Sebabnya dah penatkan bercakap di tempat kerja.

.

Tapi sejak dah tukar kerjaya menjadi Pengurus Rumahtangga ni, aktiviti membebel tu tak banyak juga. Sebabnya anak-anak semua pergi sekolah, dan En Suami pergi bekerja. Jadinya kebanyakan masa saya sendirian di rumah.

.

Allahuakbar!

.

Barulah rasa terasa, nikmat sungguh laaa dapat banyak bercakap dulu. huhuhu..Nak membebel dengan anak-anak pun bukan boleh buat selalu. Kang diorg stress plak mengada ibu yang asyik membebel aje. Aduuuus. Kalau membebel kat En Suami, mau la agaknya makan pelempang. Hahahaha…

.

Tapi serius. Terasa sangat kehilangan. hahaha.. Terasa kehilangan diri sendiri. So camne nak buat ni? Cuba korang bagi idea sikit.

.

Saya perlukan terapi sekarang. TERAPI BERCAKAP. hahaha… sapa sudi nak dengar saya bercaaaaaakap aje?

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge