Anda yang mana satu?

Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza. Dari perbezaan itu melahirkan banyak personaliti.

.

Nak sebut pasal extrovert dan introver ni pun besar dan dalam ceritanya. Tapi kita just pergi surface aje lah ye.

.

Extrovert adalah jenis kepribadian yang menyukai interaksi dengan dunia luar. Ekstrovert cenderung lebih banyak beraktiviti dan lebih sedikit berpikir. Seorang yang extrovert sangat bersemangat!

.

Ada anggapan dalam masyarakat bahawa introvert adalah sebutan bagi mereka yang penyendiri dan pemalu. Berbeza dengan ekstrovert yang spontan, seorang yang introvert mungkin kelihatan pemalu kerana cenderung memproses sesuatu secara mendalam dan berpikir dahulu sebelum berkata-kata.

.

Dan rupanya ada satu lagi pembandingan, iaitu ambivert. Ambivert merupakan gabungan dari Introvert dan Ekstrovert. Salah satu ciri seorang yang ambivert ialah kadangkala bingung memilih, antara menikmati waktu bersama teman atau memilih sendiri di rumah.

.

Berdasarkan ketiga-tiga kriteria di atas, korang yang mana satu?

.

Sebelum ni CY ingat CY ialah seorang ekstrovert yang telah bertukar menjadi introvert. Tapi setelah membaca ini, CY adalah seorang ambivert. Ada masa senang untuk ekstrovert, dan ada masa lebih suka introvert.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge