Warkah buat Adik

IMG-20160508-WA0005

Assalamualaikum.

Ini bukan warkah pertama buat kau. Ingat tak masa aku kat Melaka, kau kat sekolah vokasional, kita rajin utus surat. Tentulah… Masa tu, mana ada handphone. Hantar surat aje la kan.

Wei. Aku nak minta maaf, kalau aku tak pernah jadi kakak yang baik untuk kau. Aku nak minta maaf sebab aku tak pernah kenal kau.

Ada masa, aku menyesal pergi belajar di sekolah asrama. Ada masa aku menyesal hidup jauh dari rumah. Aku Tak kenal adik-adik. Aku tak kenal Mak dan Bapak.

Tapi, nak menyesal sekarang tiada guna. Kita bukan boleh kembali kepada waktu lalu. Kita hanya perlu lalui kehidupan sekarang untuk ke masa depan.

Hidup kita ni pendek aje sebenarnya. Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk mengenali satu sama lain. Aku harap, aku masih sempat kenal adik-adik aku. Aku harap aku masih sempat menjadi kakak yang baik untuk adik-adik aku.

Pesanan dari aku, buatlah yang terbaik dalam kehidupan kau. Letakkan matlamat dalam hidup, ‘untuk ke Syurga Allah’. InsyaAllah semua yang baik akan datang kepada kau.

Andai aku tak sempat nak ucap ni, percayalah, aku sayang adik-adik aku.

Salam sayang,

Kakak

Kikikiki… Tengok. Dok karat apa tak tau laaaaa malam ni. Jiwang sungguh. Harap korang tak muntah hijo.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge