Cara membasuh ikan keli

IMG_20171016_185157_8CS

Dalam rumah ni, ada tiga orang peminat ikan keli. Jadi, CikYut kenalah ambil tahu cara membasuh ikan keli. Biasanya dah beli yang siap di masak. Jarang nak tahu cara membasuh ikan keli tu macamana.

.

Hari ini terasa nak masak sendiri ikan keli ni. Jadi, petang tadi CikYut ke kedai runcit dan beli dua ekor ikan keli. Ikan it juga siap-siap disiang di kedai. Balik ke rumah, tinggal nak basuh dan masak.

.

.

Perlu basuh bersih untuk hilangkan hanyir

.

Ikan keli ni habitatnya di tanah berlumpur. Kalau pergi ke sawah, memang banyak ikan keli di sana. Makanannya pula haiwan-haiwan kecil di dalam tanah berlumpur tu. Jadi, perutnya tu sedikit kotor dan berpasir. Dan baunya jug agak hanyir. Sebab itu perlu bersihkan sebaik mungkin. Kalu tidak, meloya laaaa tekak tu.

.

.

Cara membasuh ikan keli

.

Ada beberapa cara yang CikYut jumpa. Jadinya ikut korangla nak guna yang Mana.

 

1. Gunakan asam jawa.

Lumur asam jawa ke seluruh bahagian ikan. Tinggalkan sekejap. Kemudian dibilas.

.

2. Gunakan cuka

Lumur cuka kepada ikan. Masukkan sedikit air. Rendam ikan dalam air rendaman cuka tu dalam 5-10 minit. Kemudian bills bersih.

.

3. Gunakan tepung gandum

Tabur tepung gandum ke seluruh ikan. Pastikan kena pada semua bahagian. Biarkan sekejap. Kemudian bilas bersih.

.

Lepas dah basuh bersih, barula korang masak ikan ni. CikYut paling suka goreng aje. Pastu goreng garing. Nyum nyum!

.

Selamat membasuh ikan keli!

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge