Resepi Ayam Buttermilk

ayam buttermilk

Apabila anak-anak adalah penggemar ayam.

Maka, maknya pening nak cari resepi ayam.

Jumpa satu, update sini supaya senang nak tengok balik.

.

.

Resepi Ayam Buttermilk

.

Untuk tepung goreng :

  • Tepung gandum
  • Telur
  • Serbuk kari
  • Garam

Untuk buttermilk :

  • Butter
  • Daun kari
  • Bawang putih
  • Bawang besar holland
  • Garam
  • Susu cair

.

Kenapa takde sukatan?

Sebab, masa saya masak, sukat dengan hati je (sukahati!).

Pepandaila kan korang letak ikut portion ayam tu.

.

Cara nak masak :

  1. Gaulkan semua bahan tepung, kemudian salutkan pada ayam.
  2. Goreng ayam yang telah disalut dengan tepung tu.
  3. Dah goreng, letak tepi sat, nak buat kuah buttermilk tu.
  4. Masukkan butter, bagi cair dulu.
  5. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar holland
  6. Masukkan juga daun kari, cili padi.
  7. Sekarang masukkan susu cair. Kacau sehingga pekat.
  8. Akhir sekali, garam secukup rasa. Dan seterusnya ayam yang telah digoreng tadi.

.

.

InsyaAllah sedap. Jangan risau. Cubalah!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge