Fokus kepada Perkara yang BAIK

Sebenarnya, Saya terlupa nak bayar hosting. Hahahaha… Sebab tu blog ni takde update. Selalu nak login masuk, tapi lupa nak mesej ke server provider, nak tanya pasal payment. Diorg pun boleh plak lupa nak minta payment dengan Saya… Bagus betul dedua. Hihihi.

.

.

Ok, itu pre intro aje…

.

.

Manusia ni, akan mengalami pelbagai peristiwa dalam hidup. Kalau umur panjang, banyaklah peristiwa yang akan dilalui. Dalam peristiwa itu, Ada yang pahit, Ada manis, Ada gembira, Ada duka.

.

Orang kata, kalau cerita duka, usah dikenang. Usah hidup dengan Masa lalu. Tapi yang sebenarnya, itulah yang Paling susah nak dilupakan. Betul Tak? Padahal Kita tahu, mengenang sesuatu yang pahit, sedih itu, akan mengambil dan menggunakan seluruh emosi dan tenaga Kita. Kita ibarat sedang membuang tenaga.

.

Perasan Tak? Bila Kita kenang cerita sedih, cerita pahit, Kita Akan jadi lebih penat, dan lebih kecewa. Energy drained out. Kita dah kehabisan tenaga. Nak buat apa pun lepas tu, dah takde mood lagi.

.

Memang Kita takan boleh lupa perkara yang kurang baik ni. Tapi Ada cara untuk tidak mengingatinya.

Fokus kepada PERKARA yang BAIK dan yang INDAH sahaja!

.

Katalah Kita tahu Ada seorang Wanita yang mengalami masalah dalam rumahtangganya, tapi Kita lihat dia seperti tidak mengalami masalah itu. Sebenarnya orang sebegini, mereka telah mengalihkan fokus mereka. Mereka tidak lagi mahu memberikan tumpuan kepada Perkara yang tidak menyeronokkan itu.

.

Sekiranya mereka Ada anak-anak, mereka akan Terus fokus kepada anak-anak. Bagaimana cara nak membesarkan mereka? Apa pekerjaan yang sesuai? Apa lagi yang mereka boleh lakukan untuk meneruskan kehidupan?

.

Ya, mereka pandang Terus. Dalam hati mereka, dalam fikiran mereka, bukannya sudah clear Pasal peristiwa pahit tu, ia masih ADA, cuma ia sudah ditenggelamkan oleh perkara BAIK.

.

.

Korang pernah lalui in? Atau sedang melalui perkara in? Ingat satu SAHAJA. Fokus kepada PERKARA yang BAIK!!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge