Review Hotel : The Frangipani Resort & Spa

Alhamdulillah.

pintumasuk-frangipani
Papan tanda untuk ke hotel dari jalan besar.

Rezeki kali ini untuk menginap di The Frangipani Resort & Spa. Hihihi… Macamlah selalu bercuti di Pulau Langkawi. Sebebanrnya saya sudah beberapa kali ke Pulau Langkawi, tapi atas urusan kerja. Jadi tidak le berjalan sangat.

Syukur, kali ni En Lan boleh bercuti panjang, maka dia rancang bawa anak-anak ke Pulau Langkawi. Dan rezeki lagi, masa tengah tengok tiket kapal terbang, harga tiket di Malaysia Airlines adalah murah berbanding airlines lain. Jadi, klik klik terus bayar. Alhamdulillah.

 

The Frangipani Langkawi
Ni gambar tisu.. hihihi.. Ambil masa sarapan pagi.

 

Kami bercuti di Langkawi selama 5 hari 4 malam. Memang puas la berlama-lama di Langkawi ini. Satu hari satu acara aje. Dan kebetulan pula, sebelum pergi si Azrie demam. Mujur dia demam malam. Siang cergas je pula berjalan. Jadi siang kami ronda, malam kami rehat. Makan malam di bilik saja, sebab ibunya sibuk melayan orang demam.

Untuk post ini, saya akan tunjukkan sekitar hotel ya. Nanti kita update mengenai cerita jalan-jalan di Langkawi.

Pintu bilik kami. Kami pilih yang mengadap taman. Kalau mengadap laut, lebih mahal la sikit kan...
Pintu bilik kami. Kami pilih yang mengadap taman. Kalau mengadap laut, lebih mahal la sikit kan…

 

Mandi di luar ya! hihihi...
Mandi di luar ya! hihihi…

 

tub-frangipani

 

Overall, bilik ni sangat selesa. Katil kami ialah 2 queen bed. Disebabkan kami berenam, kami minta katil tambahan. Masih muat lagi dalam bilik ni. Sorry na, gambar katil takde sebab kanak-kanak dah landing tergolek bagai. Tak sempat nak snap dulu.

Kawasan persekitaran sangat mendamaikan. Resort ni sangat sesuai untuk pasangan yang mahu honeymoon, orang yang mahu lari dari kesibukan kota, dan juga orang yang sedang mencari ketenangan. Memang keadaan ia gloomy sikit, tapi sesuailah dengan persekitarannya. Tenang. Redup. Sayup aje. Cuma di waktu petang tu, bising sikitla sebab ada bunyi orang naik parasailing. ada bunyi orang main jetski.

Malam pula di Restoran Mentari, ada penyanyi yang akan menghiburkan anda. di waktu malam, kita boleh dengar deruan ombak yang memukul pantai. Sangat kuat. Sebabnya restoran resort ni di tepi pantai. Ada masa rasa sangat menakutkan. Terasa dipanggil ke pantai.. hehehehe…

Secara keseluruhan, saya bagi TUJUH dari 10 bintang! Resort ni memang kena dengan jiwa saya. Tak ceruk sangat, tak dekat sangat dengan kota. Kalau menginap di Pantai Cenang, rasanya pasti bising sikit. Kawasan Pantai Cenang tu dah macam Bali. Orang kata kawasan tu happening.

Ok, nanti saya update pasal aktiviti di Langkawi. Babai!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge