Dah masuk, susah nak keluar

Bismillah.

Antara spot yang paling saya saaaaaangat suka nak melepak ialah di kedai jahit Karysma. Kedai ni, terletak di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Pula tu, tak banyak kedai yang menjual kelengkapan menjahit di Bangi ni. Maka ia memang SPOT HANGAT untuk pencinta jahit di Bandar Baru Bangi ni…

Ini dia kedainya. Di tingat atas pula ialah rungan kelas menjahit. Jadual kelas, ada ditampal di pintu masuk. Jadi kalau korang nak kelas apa, hari apa, bayaran berapa, semuanya ada ditampal di pintu.
Ish… Saya tak boleh betul kalau p kedai Karysma ni. Susah nak keluar kedai. Lepas tu rasa nak beli semua barang dalam kedai. Huhuhu..
Saya mula Karysma sejak 2008, eh ke 2009. Masa tu sibuk menjahit tudung DIY. Jadi waktu rehat, kadang sanggup tak makan, semata nak ke kedai Karysma ni. Gigih betul! Hahahaha. Sebabnya masa tu masih menetap di KL.
Buat yang masih mencari kedai yanv menjual kelengkapan menjahit, boleh ke kedai Karysma ni ya. Ohya, jangan pergi hari Jumaat sebab kedai tutup. Hari lain, buka.

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge