SOFIA THE FIRST: ONCE UPON A PRINCESS

Sofia The First - Once Upon A Princess_Logo

Sebenarnya Cik Yus dan anak-anak telah mendapat jemputan untuk menghadiri tayangan perdana untuk cerita ‘Sofia the First : Once Upon A Princess‘. Tetapi disebabkan terdapat beberapa halangan disaat akhir, tidak jadilah kami menontonnya. Aduuuh… Jenuh nak menjawab soalanAzyana dan Azzalea, kenapa mereka tak jadi pergi? Huhuhu.. Ampun nak ya. Lenkali kalau Cik Sophia jemput, kita mesti pergi.

Sedikit intro : Sofia ialah puteri cilik pertama dari Disney.

Sebelum ini kan Disney sudah ada ramai puteri seperti Cinderella, Snow White, Rapunzel dan ramai lagi. Jadi kali inim Disney memperkenakan puteri ciliknya. Sebenarnya tayangan perdana ini telah ditayangkan pada Ahad 19 Mei di Disney Channel dan Isnin 27 Mei di Disney Junior.  Terdapat penampilan istimewa iaitu watak Klasik Disney, Puteri Cinderella. Bintang-bintang terkenal seperti Ariel Winter, Sara Ramirez, Wayne Brady dan Tim Gunntelah meminjamkan suara mereka untuk filem ini!

Sofia The First - Once Upon A Princess_Key Art

Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri.

Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.

sofia + cinderella

Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.

Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.

sofia + royal family
Cerita ini sememangnya sangat dekat dengan anak-anak kecil. Ia memaparkan peristiwa yang berlaku dalam seharian kehidupan si cilik. Ada kala mereka bergelak ketawa, adakala mereka perlu menghadapi masalah. Walaupun masih kecil, sokongan dan bantuan dari orang dewasa amat diperlukan bagi memastikan si cilik memahami apa yang sedang berlaku dan bagaimana untuk menghadapi keadaan itu.