Pengisian masa cuti sekolah – 3R

Cuti sekolah | Isi dengan manfaat

.

.

Alhamdulillah!! Tahniah kepada pasukan bola negeri Terengganu kerana telah berjaya memenangi Piala FA 2011. Teman bilik kan org Terengganu, jadi harus sokong le kan bila ada team Terengganu. Kalau Terengganu vs Selangor, dah tentu pilih Selangor. Kalau Selangor vs KL, ku masih sokong Selangor. Tapi, apakan daya. Pasukan Selangor tidak smp ke final… :(

.

.

Cuti sekolah berakhir hari ini. Esok, jalan akan kembali sesak. Kebiasaan sesama menuju ke tempat kerja, saya akan dengar radio KLFM, jam 7.45 pagi. Setiap hari ada topik yg berbeza. Satu hari ada IT, satu hari ada ‘Motivasi’, satu hari lagi ada ‘Bijak Wang’. Segmen Kesihatan dan Agama juga ada. Dah tentu saya paling tunggu hari yg ada segmen Motivasi dengan Agama.  Motivator yg akan berkongsi cerita pada setiap hari Selasa (kalau yak salah lah kan…sbb dah lupa!) ialah Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

.

.Minggu ini, Datuk Dr Fadzilah sentuh mengenai 3R. Apa yg perlu dilakukan oleh ibubapa semasa anak2 sedang bercuti dari sekolah ni kan.

R – Rehat

Ibubapa perlu ambil masa ini untuk berehat dari kerja dan berada bersama anak2 untuk menikmati masa yg ada.

.

R – Rawat

Masa cuti sekolah ni lah peluang ibubapa untuk merawat ‘hati’ anak2. Ye lah. Dengan kesibukan ibubapa, pasti ada anak2 yg makan hati. Terasa kecil hati. Mungkin juga ada yang rasa terpinggir. Jadi, inilah masanya untuk merwat hati2 kecil ni.

.

R – Recharge

Kebanyakan ibubapa akan hantar anak2 mereka ke kem motivasi bagi me’recharge’ semula anak2 mereka. Tapi Datuk Dr Fadzilah pesan, ibubapa yg sebenarnya perlu direcharge. Sebelum ibubapa mahu baiki perangai anak2, perangai ibubapalah yg perlu dibaiki dahulu. Kata beliau lagi, dalam masa 3 hari di kem motivasi, belum tentu dapat recharge anak2 sehingga 100%. Jadi, sudah tentulah ibubapa perlu memainkan peranan dalam hal ni.

.

.

mmmm…. Itulah yg Datuk Dr Fadzilah kongsi pada hari tu. Dan pertama kalinya saya salin semula apa yg saya dengar. Kebiasaannya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Disebabkan sudah tahu saya punya masalah untuk simpan ilmu dengan lama, jadi saya perlu tulis semula.heeeehee…

.

Ok, semoga kita semua akan jadi ibubapa yg cemerlang, untuk menghasilkan anak2 yang cemerlang!!

.

.

Cuti sekolah | Isi dengan manfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge