Salam…

Ada teman2 yang minta saya untuk buat sedikit ulasan mengenai buku Hidangan Si Cilik. Saya takut!! Saya tak pernah buat ulasan buku sebabnya saya suka semua buku saya tidak kira apa genre tulisan buku itu. Saya hanya tolak tepi novel ‘bikin-airmata-meleleh’ atau buku yang ‘hujungnya-mesti-happy ending’! hahah…

Ok…tulisan saya jujur. Tidak memihak kepada sesiapa pun, termasuk kepada teman baik saya, si penulis. Semoga dengan sedikit ulasan dari saya, beliau akan terus menulis dengan lebih baik lagi! >0<

Kulit buku : Ada ke org bagi komen mengenai kulit buku? hahaha… Warna jingga yang terang! Memang senang untuk menarik perhatian ramai. Tidak susah untuk mencari buku ini di rak buku (kalau ia tidak tersalah letak di bahagian lain!) Pihak penerbit memang pandai nak tarik pelanggan. Buku ini seakan-akan memanggil si ibu untuk datang dekat dan membelek, lantas terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Salah satu tarikan yang terdapat pada buku ialah pernyataan ‘GERENTI JADI!‘ Lagilah buat si ibu tadi tidak keruan untuk pulang ke rumah dan terus menyediakan juadah seperti yang terdapat di dalam buku ini. (Oh ye, pastikan anda ke kedai untuk membeli bahan-bahannya terlebih dahulu ye!)

Bahagian dalam buku : Bahagian yang penting bagi semua buku. Selepas ditarik oleh kuasa kulit buku, isinyalah yang akan membuatkan kita melekat dan terus melekat!

Maaf ye di atas kualiti gambar yang kurang memuaskan!

Dah tentulah isi buku ini ialah resepi masakan. Ada senarai bahan-bahan yang digunakan, ada gambar sepanjang proses memasak dilakukan dan juga tempoh memasak dan bilangan orang yang boleh makan hidangan itu. Kelainan mengenai buku ini ialah ia terdapat tip dan petua serta trivia bagi setiap hidangan. Sambil anda masak untuk keluarga terchinta, anda boleh bercerita kepada si kecil mengenai hidangan itu. Bagus bukan?! Tidak seperti masakan lain, resepi di dalam buku ini lebih kepada stlye makanan barat. Tapi itu tidak penting, yang penting ialah ianya mudah dan sedap. Antara bahan yang digunakan oleh Mamafiza ialah minyak zaitun, bawang holland, sos teriyaki dan juga keju.

Buku ni sangat le berwarna-warni dan kalian tak akan jumpa satu page yang hitam-putih pun. Dari kulit ke kulit, mmg berwarna semuanya., kertas tebal, penuh dengan gambar. Dengan harga yang sangat murah iaitu RM14.90, memang sangat berbaloi-baloi untuk dimiliki. Sgt2 worth it! Sejujurnya, saya belum cuba kesemua resepi dalam buku ni. weeeih, acik tak gi kedai beli groceries. Semua En Lan yang buat. Jadi kalau ada bahan yang dia tak familiar tu, mmg le tak smp2 ke rumah ni. Ok, diharap kalian berpuashati dengan ulasan yang tak seberapa dari saya nih.