*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Minggu hadapan, buat pertama kalinya, ia akan berlaku! Ye, berlaku di Malaysia. Mmg tak pernah ada. whoooaaa.. mmg tak sabar dah rasanya… Cepat le sket nak smp minggu depan!!
Salam…
Alhamdulillah. Sampai juga ke trimester terakhir. Tinggal lebih kurang 7 minggu saja lagi. Kalau diikutkan hati, mmg tak larat dah nak bawa badan dan perut ni. Tapi digigihkan juga. Rasa-rasa nak gi apply cuti je kat bos. “Bos, boleh tak nak apply cuti awal skeet” heheh… >_<
I’ve been so lazy and sleepy lately. Rasa dah cukup dah tidur. Tapi nak gak tidur dan tidur lagi. Bahagian belakang dah berat sgt dah. Nak masuk kereta tu, mengucap panjang le dulu. Nak layan budak berdua ni mmg dah tak kose. Korang buat la apa korang nak buat, ibu tak kisah. Tapi kengkadang kena gak jerit kat budak berdua nih. Selalu over-acting tau! Ni sekarang ni kerja diorang dok panjat kerusi meja. Lantak.. Kalau jatuh, nasiblah. Maknya mmg tak kose….
Dah dlm 32 minggu ni, aktiviti si kenit sememangnya semakin lama semakin lasak. Tak tau dah buat kungfu gaya apa tah kat dalam perut tu. Tah aktiviti olahraga apa yg dia buat setiap hari. Semalam dia pi tolak perut ke atas. Udahnya, Cik Yut kena angin..rasa pedas je tekak. Nak makan pun tak selera. Satu hari suntuk dok lagu tuh.. Ish, sekarang toksah cerita tahap kemalasan melampau Cik Yut. Kain2 yang dah siap dipotong sebelum raya hari tu masih belum bercantum. Ada tak org nak tolong Cik Yut jahitkan? huhuhu….
Harap2 Cik Yut tak ngikut sgt perasaan ni. Kalu tak, alamatnya tak berbarut dengan berbedung le si kenit!! hahaha… Pakai le yg lama dik ye. Ibumu ni dah jadi sangat malas dah. Dah tercakap pasal barut dan bedung, barang2 si kenit masih belum disusun. Dalam kepala dok pikir, dulu aku siapkan barang masa bile eeek??? Dah nak dekat bersalin ke? Adoooi aaai…. Sok siang kat klinik nak print out list. Rasanya dah boleh mula siapkan beg segala dah ni. Nak siapkan katil si kenit lagi. Kali ni ada extra katil. Nanti dah siap pasang, Cik Yut tunjuk.. hehehe.. Lama dah sebenarnya cari katil ni. Dari masa Azzalea lagi.
Ok..mau titun..(tidur lagi!!)..Jumpa sok pagi ye..heheh…
Salam…
Dipetik dari Harian Metro – ditulis oleh Siti Zarinah Sahib
PELBAGAI cara boleh dilakukan untuk menambat selera anak-anak. Antaranya dengan menyediakan makanan kegemaran mereka seperti piza yang boleh dimasak sendiri.
Namun elakkan menggunakan sayuran sejuk beku seperti kacang pis, jagung dan lobak merah. Sebaliknya gunakan parutan lobak merah, nanas dan hirisan paprika tiga warna kerana rasanya yang lebih lembut, rangup dan enak berbanding sayuran sejuk beku yang hanya cantik pada warna namun tidak pada rasa.
Paprika atau nama latinnya Capsicum annuum berasal daripada tumbuhan kumpulan Solanaceae yang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kanak-kanak kerana kaya vitamin.
Perbezaan paprika dengan cili biasa adalah biji paprika dibuang terlebih dulu sebelum dimasak. Paprika yang berasal dari Amerika Selatan mempunyai dua jenis, paprika manis yang berbentuk lebih besar dan paprika pedas yang berbentuk lebih kecil.
Hafiza Abdul Rahman, 25, daripada littlekittle.com berkongsi resipi membuat piza untuk anak-anak.
Bahannya:
3 keping doh piza segera (saiz mini, dipotong sama rata)Sedikit minyak zaitun
Bahan pelengkap:
Hirisan paprika hijau (dipotong memanjang)Hirisan bawang Holland (diracik halus dan memanjang)
1 cawan keju diparut (parmesan/mozzarella)
1 cawan keju cheddar diparut
3 sudu besar mentega bawang putih
Secubit rempah oreganoSos sapuan:
1 cawan daging kambing (dipotong kecil)
1 cawan sos bologne buatan sendiri atau sos tomato pasta bologne atau satu tin plum tomato (bukan tomato puri)
1/4 sudu campuran daun herba
Sedikit serbuk lada sulah
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng> Bahan boleh dipelbagaikan dengan sosej, ayam kajun, ikan tuna, ikan sardin, salmon salai, cendawan, nanas, daging salai, daging salami atau telur.
Mmmm… Cik Yut mmg dah lama nak baut sendiri piza. Adoooi, bila nak ada pembakar sendiri nih. Ada apa2 cadangan dari kengkawan? Camne Cik Yut nak bakar tanpa pembakar? Agak2 boleh ke nak guna alatan ni untuk membakar piza?? Jadi, harus print resepi dan bawa pi kedai cari bahan-bahan dan cuba bakar guna alat tu..