Salam…

Saja mahu kongsi2 dengan ibu-ibu mengenai cara menyimpan susu perahan (EBM).

Cik Yut masih sedang membaca mengenai topik ini, sbb ia telah dikemaskini oleh ABM. Jadi nanti Cik Yut akan update kalau ada berlaku apa2 perubahan yang ketara ye.

Sila2 lah kongsi bersama..

Jadual simpanan perahan susu ibu (EBM)

Tempat Bayi matang @ cukup bulan Bayi pra-matang @ tidak cukup bulan
Suhu bilik 4-8 jam Tidak disyorkan
Peti sejuk 2 pintu (bahagian bawah) 48-72 jam 24 jam
Peti sejuk 1 pintu (bahagian pembeku) Tidak disyorkan Tidak disyorkan
Peti sejuk 2 pintu (bahagian pembeku) 3 bulan 3 bulan
Peti sejuk pembeku (-20c) 6 bulan 6 bulan
  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan
  • Letakkan perahan susu ibu (EBM) yg disejukbeku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman agar ia cair
  • Rendam bekas berisi EBM di dlm bekas yang mengandungi air suam
  • EBM tidak boleh dididih atas dapur atau di dalam ketuhar gelombang mikro utk tujuan mencairkan atau memanaskan kerana ia akan menyebabkan khasiat susu ibu hilang
  • Periksa kepanasan EBM dgn menitikkan pd lengan
  • Berikan EBM kepada bayi anda dengan menggunakan sudu atau cawan kecil utk menggelakkan berlakunya keliru puting
  • Setelah EBM dipanaskan, susu tersebut perlu digunakan dalam masa 1 jam
  • Baki EBM yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Sampai jumpa lagi!