Salam…

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Seperti biasa, kerajaan telah menyusun pelbagai aktiviti sepanjang bulan sehingga bulan September bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap negara. Tema pada tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Tahun ini kelihatannya tidak berapa meriah. Kereta-kereta di jalanraya juga tidak banyak yang mengibarkan bendera. Termasuklah juga kereta saya. Selalunya saya akan hias kereta saya dengan bendera. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 telah dimulakan dengan acara Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang telah diadakan pada 1 Ogos 2010, Stadium Utama Kangar, Perlis. Acara perbarisan dan perarakan pula akan diadakan pada 31 Ogos 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil, jam 7pagi. Seterusnya ialah acara Perayaan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September 2010 di PadangMerdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan


Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus


Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan


Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam

Penulis Lirik : Lokgha

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53!! Jangan dilupa jasa para pejuang negara yang telah bergadai nyawa untuk kemerdekaan tanahair kita!