Salam…

Terbaca dari Harian Metro.

Tuah nelayan

2010/08/20

DEVON: Seorang nelayan yang hidup sederhana sebelum ini berjaya ‘menangkap’ anak perempuan antara lelaki paling kaya di dunia dan pulang bersama kapal layar bapa mentuanya yang berharga £100million (RM500 juta).

KAPAL layar RM500 juta yang dibawa pulang Barnett.
KAPAL layar RM500 juta yang dibawa pulang Barnett.

BARNETT dan Sarah.
BARNETT dan Sarah.

Guy Barnett semalam tiba di pelabuhan di bandar kediamannya bersama isterinya, Sarah Risley dan keluarga dengan kapal layar mewah enam tingkat, Northern Star.
Kapal sepanjang 75 meter itu siap dibina kira-kira setahun lalu dan kini berlabuh di Darthmouth, Devon, tempat Barnett pernah menjalani kehidupan dengan membawa pelancong memancing ikan kembung dengan kapalnya berusia 80 tahun.
Lapan puluh tetamu dipelawa menaiki kapal layar itu yang turut dilengkapi tempat mendarat helikopter, hiasan dalaman mewah dan kakitangan seramai 22 orang.
Barnett berkenalan dengan Sarah, 35, selepas dia menjadi kelasi sebuah kapal milik bapa Sarah, bilionair, John Risley, lapan tahun lalu.
John, warga Kanada berusia 62 tahun adalah pemilik sebuah syarikat makanan dan angkatan kapal nelayan terbesar di Amerika Utara.
Pasangan itu berkahwin di Nova Scotia minggu lalu dan Barnett terbang ke Gibraltar untuk membawa pulang Northern Star yang boleh disewa dengan bayaran £533,000 (RM2.7 juta) seminggu, ke Britain.
Bapa Sarah bermula dengan kedai kecil menjual udang galah pada 1976. Dia kini memiliki syarikat makanan laut, kilang memproses makanan dan sebuah syarikat telekomunikasi serta empayar hartanah. – Agensi

Sememangnya tuah manusia memang tak dapat diduga. Yang penting kita berusaha mencari tuah itu.

p/s : Saya sedang dalam proses. Banyak sgt proses!!!