Salam…

Berapa hari dah tak update blog ni. Maaf ye. Keadaan diri membataskan beberapa perkara. Dikesuntukan waktu dan keterbatasan fizikal ni, Cik Yut nak update satu perkara dulu. Selepas raya, MBfPC akan terbang ke Sabah untuk mengadakan latihan Peer Counselor bagi ibu-ibu di sana. Oleh yang demikian, sesiapa yang yang berminat, sila emailkan nama dan butiran anda ke admin@malaysianbfpc.org. Pihak pengurusan MBfPC akan hantarkan butiran selanjutnya.

Berikut adalah butiran latihan :

Tarikh: 29 hingga 31 Oktober, 2010
Masa: 8:00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat: Bilik Beaufort (Tingkat 1), Lembaga Tabung Haji Sabah, Jalan Sembulan, Peti Surat 12908, 88832 Kota Kinabalu, Sabah

Di Kompleks Tabung Haji ada menyediakan penginapan pada harga berpatutan seperti berikut:
1. Dua orang sebilik RM89.25 sebilik/sehari
2. Tiga orang sebilik RM99.75 sebilik/sehari

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama berganding bahu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu di Zon Sabah/Sarawak pula!!