*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
WBW 2010 | Konvensyen Minggu Penyusuan
Salam
Hospital Serdang telah mengadakan Konvensyen Minggu Penyusuan Susu Ibu sebagai acara kemuncak dalam WBW Peringkat Hospital Serdang bagi tahun 2010. Cik Yut pula telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan hasil kajian yang dibuat. Amatlah malang bagi Ciku Yut sbb tak dapat nak hadir majlis ni secara sepenuhnya. Udahle kat tempat sendiri. Mau tak frust tonggeng menonggeng. Ish… Cik Yut kena bertugas di klinik pagi tu sbb kami tak cukup org. Aaaaargh..bersabor je lah. Badan di klinik tapi hati kat auditorium. Tensen!
Jadi, gambarnya tidak le banyak terutama gambar semasa peristiwa penting iaitu penyerahan plak Hospital Rakan Bayi tu. Gambar masa Cik Yut bagi pembentangan pun takde. Ku gabra, jadi tak ingat le mau pas hp kepada sesapa! hahahaaa..
Banner ini ditaja oleh D’mums and Baby Link
Cik Nadzifah bersama banner hari konvensyen
Auditorium masih belum penuh waktu ni. Jam baru pukul 8.00 pagi!
Para peserta diminta utk menurunkan tandatangan sebelum masuk ke dalam auditorium
Bestnya duduk kat kerusi ni!!!
Gambar-gambar ini diambil pada sebelah pagi dan tengahari. Masa majlis berlangsung, saya mmg tak wujud kat kawasan sekitar ni. Gambar belah petang jangan haraplah ye! Semoga bertemu lagi kita di WBW 2011!! Yeaay!
WBW 2010 | Konvensyen Minggu Penyusuan
Leave a reply