Salam…

Pagi ni bersiaran sebentar sebelum memulakan acara jahit-menjahit. Banyak tempahan, jadi kena guna masa sebaiknya. Si kenit, Azzalea masih lagi di tempat berada. Dia ni, kalau tak cukup lagi tempoh waktu tidur tu, mmg payah nak bangun. Buat la apa pun kat dia. Dia lebih senang utk lenakan matanya tu. Si kakak dah mengadap TV. Sat lagi dia bosan, ada la kerja lain nak dibuatnya.

Ayah pula pagi2 dah ke opis. Disebabkan seminggu ni dia asyik meeting aje, jadi diganti hari ni utk lunaskan kerja2 yg masih berbaki di pejabat. Jadi si ibu ambil kesempatan sekejap utk mengupdate blog yg sedikit bersawang. Sebelum masuk cerita dua beradik tu, Cik Yut nak bagitau yang hari ni ada 2 lagi event sempena WBW. PErtama di HTAR dan kedua di KPJ Kajang. Hajat hati nak ke HTAR. Tapi tak larat. So rancang pula nak ke KPJ. Tapi udah ayahnya bawa kereta, macaman pula Cik Yut nak smp sana kan. Keputusan akhir, duduk sahaja di rumah dan menikmati ketenangan hari ni dengan anak2.

Post hari ni bukan nak ajar korang memasak atau ada sesi masak2 ke eek. Saja tajuknya begitu. Tapi yang sebenarnya, Cik Yut nak tunjuk gambar ni.

Hahaha..Tgk le gaya dua dua beradik ni. Mmg tak boleh tahan. Sebenarnya Cik Yut nak tunjuk apron yg Cik Yut jahit tu!! Azyana request suruh letakkan poket, tapi Ibunya tak kose nak pi cari kain. Jadinya kosong ajelah apron mereka. Apron ni terpaksa dijahit gara-gara si Ayah telah membelikan dapur kecil utk mereka. Tapi Cik Yut dah tau. Depa cepat bosan dgn mainan depa. Depa lagi suka duduk kat dapur dengan kita. Azyana selalu pesan, kalau Ibu dah tak larat nak masak, bagitau dia. Dia dgn Adik akan tolong Ibu masak. ooooh.. Terima kasih sayang. mmg baik hati. Tapi Ayahnye la yg pasti menjerit kalau nampak dua beradik ni sibuk kat dapur. Sbb tu Ayahnya beli dapur kecil utk biar mereka main. Tapi kecik sgt le Ayah oooi. Tak feeling langsung nak main pakai dapur tu!!!

Apron ni jahit secara rahsia dari AZ berdua. Bila dah siap, menjerit2 suka nak pakai. Cuba tgk si Azzalea..

Tgk TV pun nak pakai apron. Layaaaan…

Ok, smp jumpa lagi! Selamat WBW! Selamat berhujung minggu dan selamat menjahit!!