World Breastfeeding Week 2010 | Seminar Kesedaran Penyusuan Susu Ibu

Salam…

Fuuuh.. Kepala pk pasal WBW. Badan ada kat klinik dok tgk pesakit. Si Yatie dok ke hulu ke hilir buat promotion MBfPC. Sian plak Cik Yut tgk si Yatie. Ti, next year, aku ambil cuti temankan ko ye. Jgn risau. Tapi tah2 si Yatie dah pindah Batu Pahat plak time tu. Dia ada rancangan nak pi Batu Pahat.

Minggu lepas, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang (KSPSI) kena aturkan program seminar dalam program sambutan WBW di Hospital Serdang. Selalunya staf dalam jawatankuasa yang buat. Tapi takpe, kami belajar buat. Sekurang2nya jika dikehendaki melakukannya pada masa akan datang, kami sudah boleh buat sikit-sikit (ngada! masih nak bantuan jugak nih).

Acara bermula jam 9.00 pagi. Peserta-pesertanya adalah kakitangan hospital sahaja. Berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas, biasanya seminar ini akan dibuat selama satu hari. Dari jam 9am smp 5pm. Lepas tu ada peserta dari KK dan PKD. Disebabkan bajet yang terhad, jadi kami hanya memberi tumpuan terhadap kakitangan, dengan harapan kakitangan hospital dapat menjadi ahli sokongan tidak rasmi dalam menjayakan misi penyusuan ini. Ceramah pertama disampakan oleh Dr Wan Hamilton, HOD Jabatan O&G dan juga Pengerusi Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang. Beliau bercerita mengenai 10 Steps yang menjadi moto pada tahun ini.

Close up sket…

Selesai Dr Wan, Dr Rohaizah pula yang menyampaikan ceramah. Beliau merupakan Pakar Paediatrik dan bertugas di NICU. Dr Rohaizah ni ialah Paeds Azyana & Azzalea. Tapi budak berdua ni tak check up kat Hospital Serdang, depa pi Hospital Pusrawi.Tajuk ceramah beliau ialah mengenai Jaundice. Topik ni mmg topik faveret, sbbnya hampir setiap bayi akan mendapat jaundice. Mmg banyak pun soalan dari para ibu (peserta) yang hadir pada hari tu bertanya soalan2 berkisar jaundice pada Dr Rohaizah.

Close up le skeetkan

Tgh berkeserut sbb dok bagi perhatian pada soalan peserta.. >_<

Selepas Dr Rohaizah, Sister Azlina pula tampil utk menyampaikan ceramah yang mengenai penyusuan. Dari kebaikan susu hinggalaj kepada cara menyimpan dan juga memerah susu. Kiranya pengetahuan asa buat ibu-ibu, bakal ibu dan juga yang dah jadi nenek. Semua orang pun perlu tahu. Tapi sayang, takde peserta dari kaum Adam. mungkin pada tahun depan Cik Yut nak cadangkan kepada Jawatankuasa supaya wajibkan seorang lelaki dari setiap jabatan untuk turut serta dalam seminar ni. Terutamanya para bapa yang bakal mempunyai anak la kan. Tgk tahun depan camne. Ada berani tak kaum Adam ni.. heheheee…

Begitulah sesi seminar hari tu.. Sebelum tu, tgk la beberapa gambar lagi yang sempat Cik Yut ambil ye..

Para peserta…

Peserta cilik…

hehhee…..

Ok, sampai jumpa lagi! Selamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!!

World Breastfeeding Week 2010 | Seminar Kesedaran Penyusuan Susu Ibu