Salam…

Apa khabar semua?? Setiap hari Khamis, saya akan membuat tugasan tutor sambilan di UKM Kampus KL. Jadi, bila dah ke sana, saya suka nak singgah ke tempat makan yang saya selalu pergi masa saya kerja dekat sebuah kedai cermin mata kat sana. Saya mmg akan beli makan tengahari saya di gerai Abg Din. Jadinya, bila dah ke KL setiap Khamis, ingat nak lepaskan gian. So, hari tu saya pun berjalan di bawah panas terik dengan payung comel. Melintas jalan yang sesak ke gerai kecil tu.

Udah sampai kat gerai tu, ku tgk takde dah sebarang lauk-pauk yang dulu selalu bisa air liur ku meleleh.. haaah.. Kempunan daku. Tapi abg Din masih setia meniaga kat situ. Apalagi, ku borak2 dulu dgn Abg Din. Rupanya dah 4 tahun Abg Din tak niaga lauk-pauk. Dulu nenek dia yang masak, skrg nenek dia dah uzur. Tak larat lagi nak masak. Abg Din pernah cuba suruh org lain yang masakkan, tapi ramai pelanggan setia abg Din yg tak suka. Jadi, Abg Din tak mau ambil lagi. Keputusannya, tak payah jual nasi dgn lauk-pauk lagi. Dia jual nasi dgn sup aja. mmmm… Sup pun, sup lah… Perut aku pun dah lapar…’

Ni gambar dah abis makan. Kalu letak yang sebelum makan, kang korang terperanjat plak.. hehehee…

Kalu rasa2, nak pencuci mulut, boleh beli buah dari gerai seberang ni. Dulu sekali beli, mau gak abis 3-5 ringgit. Makan tak ingat!!

Ni lah Abg Din. Peniaga gigih. Walaupun tak meniaga makanan, tapi masih terus berniaga.

Sebenarnya, saya lebih senang utk melihat di sebalik diri mereka ini. Senyuman abg Din secara zahirnya nampak tenang dan gembira. Tapi disebalik senyuman itu, pasti tersirat seribu kepayahan utk beliau dan keluarga meneruskan kehidupan sesuap nasi di kotaraya Kuala Lumpur. oooh, saya tak kata dia susah. Saya tidak juga tahu sama ada senang atau tidak. Tapi yang pasti, kegigihannya itu yang saya perlu contohi. Melihat keadaan org lain membuatkan kita akan lebih belajar mengerti hidup, menginsafi segala perkara yang  berlaku dlm hidup kita dan juga mengingatkan kita utk sentiasa bersyukur kepada Pencinta.

Masa saya sekolah dulu, saya suka melepak di satu tempat sepanjang hari dan memerhati kehidupan org yang lalu lalang. Mereka tidak perasan yg mereka diperhatikan. Saya menilai kehidupan saya yang selalunya lebih baik dari mereka. Kita selalu rasa kita sudah susah, tapi sebenarnya ada insan lain yang lebih susah. Kita selalu rasa hidup kita dihimpit dengan pelbagai masalah tapi hakikatnya ada insan lain yg hidupya tak pernah sunyi dari masalah.

Tempat kerja lama saya ada dicelah2 itu!!

Pintu masuk ke tempat belajar saya dulu. Sekarang tempat saya utk mencurahkan kembali segalanya!

Ok, sampai jumpa lagi!! Jangan lupa utk turut bersama team MBfPC di Fiesta Kajang pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010!!