Sibuk | Kenduri Kahwin, Tunang, cukur jambul

Salam…

Hujung minggu lepas sememangnya sangat sibuk. Minggu ni pun ala-ala sibuk juga. Baru hari ni dapat buat entry ini. Maaf ye. Minggu lepas ada 2-3 majlis dalam satu hari. Mula dengan hari Jumaat malam Sabtu. Ada tahlil, marhaban dan cukur jambul. Tgh dok kecoh2 cukur jambul si kecil, ada plak yg potong kek sempena ulangtahun kelahiran. Esoknya, hari Sabtu, acara besar iaitu, kenduri kawen 3 pupu saya Nadia dan sebelah petang pula majlis bertunang adik kesayangan saya. Fuuuuh… mana tak sibuk. Penat tak payah cakaplah. Walaupun kenduri pada hari Sabtu, hari mengemas ialah pada hari Ahad, dan hari Isnin saya isyhtihar cuti  rehat untuk diri sendiri (mmg dah ambil cuti sbb tau mesti penat punya!!)

Mak buyung ni bukan reti diam ye. W/pun dah ditegah jangan buat kerja, adakah saya peduli. haha…udahnya, satu hari melepak kepenatan. Hari Selasa pergi kerja, badan masih sengal2. Sudahle dalam seminggu ni saya dok rasa kepenatan aja. Asyik nak tidur aja. Pantang dapat masa senggang, pasti terlelap. Minta maaf la ye. Bukan sengaja nak lelap, dah mata tak mau buka!! >_<

Ok, meh tgk gambar2 yg sempat saya ambil.

Persiapan sebelum majlis

Majlis pada hari Jumaat, malam Sabtu…

Si kecik ni tidur dengan nyenyak walaupun atuk2 ni terjerit2 kat telinga dia!!

hehe.. budak berdua ni bukan kembar. Tapi lahir selang 10 hari je.

Majlis pada hari Sabtu…

Pasangan pengantin!

Apalah tunang adik saya tgh sibukkan tu??

Tak dapat nak snap gambar masa sarung cincin sbb ramai sgt ‘jurugambar’nya!!

Begitulah hari yang sibuk pada minggu lepas. Sbb tu lah lambat nak buat entry. Banyak sebenarnya gambar2nya. Tapi saya tak punya masa nak buat satu2 entry. Jadi ku masukkan semuanya dalam satu entry. Maaf lah ye.

Ok, sampai jumpa lagi!!

Sibuk | Kenduri Kahwin, Tunang, cukur jambul