Tudung DIY | Kembali!!

Salam…

Alhamdulillah. Kesihatan Cik Yut dah semakin memberansangkan. Takde meloya sana, mabuk sini. Kengkadang je ada mual sket. Cuma skrg ni dah agak kepenatan. mmm.. Tak tau la berat ni dah naik ke belum? Hari Sabtu ni mau ajak En Lan pi buat check up. Hujung minggu ni sangat le sibuk. Next week lagi lah. Sepatutnya Cik Yut akan melepak di SusuIbu.com untuk uruskan persiapan sebelum latihan. Tapi kali ni nampaknya tak dapat le. Minggu depan akan bercuti sepanjang minggu untuk siapkan rumah untuk kenduri kawen sepupu dan majlis pertunangan adik terchenta!! hahaaa.. Adik ku nak bertunang dah. Lepas ni nak kawen dah. Sebenarnya Cik Yut takde pengalaman ttg persiapan tunang ni. Sbbnya masa Cik Yut bertunang dulu, ku masih belajar dan tengah periksa pulak.. Mak yang siapkan semuanya. Even baju bertunang pun! Masa nak cari baju tu, mak call dari kedai suh datang tgk. Berdesup ku naik kereta, terus ke kedai. Pilih2 baju, tudung bagai, ku balik hostel!! hahaa.. Serius.. Hantaran sume org lain yang buatkan. heheh.. Heaven. Masa kawen plak, baru je abis blaja. So, pepandai pikir la eeek.. Udah tentu ditanggung sepenuhnya oleh bakal suami dan ibubapa. Jadi ku menurut perintah aje…

Oops.. bukan ni nak cerita kat korang. hahaaa.. Terlari topik plak. Cik Yut tak demam, tapi bila demam itu kan = sakit. Jadi sakit itu dah takde lah. Sakit buatan org ni dah beransur baik. Cuma meniti hari membawa perut yang semakin membesar. Jadinya bila sakit dah kurang, hidup agak ceria sket, mood pun baik.. Hasilnya pun baik lah!!! hahah…

Ini yang sebenarnya Cik Yut nak tayang kat korang. Agak-agakla kan dah lama sangat tak mengadap mesin jahit tu. Boleh bilang dengan jari bape kali. Tahun lepas masa pregnantkan Arwah tu, masa tu mabuk gak. Tak bersentuh. Lepas tu ke berpantang. Tak usik gak mesinnya. Pastu makin malas. Udah lepas tu lagi mabuk2 balik. Ni baru le dapat mood dan ilham. Jadi ini kira jahitan pertama selepas sekian lama. Tudung yang dalam entry ni tak boleh kira. Sbb hasilnya tidak begitu memberansangkan. Lepas je Cik Yut jahit tudung tu, langsung tak boleh nak ngadap balik mesin. Geli semacam. Menyampah pun ada dengan mesin jahit. Teruk kan penangan penyakit ni.. >_< heheee

Tapi ni belum siap 100%. Baru je sambung awning dgn tengah. Udah Ayahnya nak pi lepak kat kedai mamak sambil tgk bola dgn kengkawan, kenalah Cik Yut turun bawah temankan dua beradik. Kalu tak bising depa dua. Nampak gaya, malam esok le baru boleh siapkan. Kalu sempat, mahu sambung satu lagi tudung. Adoooi, bilalah nak abis jahit stok2 lama. Camne nak masukkan stok baru kalu stok lama tak terjahit. Cik Yut dah jeling2 kat satu website kain2 cotton yang cecantik tuuh..hohoho…. Ok, doakan Cik Yut boleh menjahit dengan selesa, dan dapat selesaikan semua ‘hutang’!!

Tudung DIY | Kembali!!