*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Dah setahun dah duduk Bangi. Hajat hati nak ajak suami tersayang mengecat rumah. mmm.. Dia suruh tunggu setahun lagi. Katanya jaminan rumah ni ada dua tahun, jadi kenalah tunggu. Senang nak tunjuk mana-mana bahagian rumah yang mengalami masalah.
Patutnya di hujung minggu ialah hari untuk surirumah yang bekerjaya menyelesaikan segala hal isi rumah. Memasak ke, mengemas ke, membasuh ke. Tapi saya, hujung minggu adalah hari untuk saya bersantai sesungguhnya. Melampau bukan. Nak buat macamana. Kalau dipaksa diri buat segala benda, alamatnya tak pergi kerja lah hari Isnin.hahaaa….
Dengan berbesar hati, Cik Yut minta pinjam maid abang ipar untuk bersihkan rumah. hohoho.. mmg lemak daku ni. Manja kemain. Ala..rumah tak banyak barang, cuma banyak habuk. Pagi dah sapu, petang berabuk. Yang larat, sapu aja. Nak mop, lap2 bagai mmg tak berkudrat. Jadi maid itu telah mengemop dan mengelap segala yang berhabuk itu. Selesai dia mengemas, Cik Yut ajak dia tolak perabot plak.. hahaha….
Kini…
Sila abaikan imej 18SX tu. Kalau perasan, ada satu yang tak pernah berubah. hahahaa…. Yang itu tggu setahun lagi, baru diganti. Tak kuasa nak panjat selalu. Susunatur yang terbaru ni entah yang ke berapa kali. Selalunya susunatur ni tak akan lama. Kalu dah bosan, ku tolak aja. TV tu baru je dibawa turun dari atas. Alasan, sbb Cik Yut tak larat nak panjat tangga lagi. Alasan kedua, mak yang suruh. Sbb dia tak nak panjat tangga nak tgk TV kat atas. Kat atas juga akan diletakkan TV supaya budak2 akan naik atas. Tggu bajet, baru beli TV. TV murah aja pun dah ok.
Sambungan ASTRO mmg ada untuk atas dan bawah. Tinggal cari TV dan dekodernya saja. mm.. Yang pasti, mau OFF kartun. Dua beradik ni dah jadi hantu kartun. Tidak bagus untuk perkembangan otak mereka. Bilalah Cik Yut nak siapkan jadual untuk dua beradik ni??!! huhuhu… Teringat kata2 Wardina, ibubapa adalah perosak utama anak2. Betullah tu. Cik Yut tak mampu nak kawal situasi ni. Jadi harus menuntut ilmu berpengaruh dengan lebih baik supaya dapat pengaruh dua beradik ni (buku Ilmu Pengaruh belum habis dibaca!!!)
Ok, sampai jumpa lagi!!
6 Responses for "Kes takde kerja…"
jgn langgan kartun, pastu beli cd2 pembelajaran je kat dorg.
cewah, mcm i dah kwen beranak pinak plak kan..hahaha
Itu la pasal. Bulan depan, no more!!!
Cik Yut, nak pinjam maid gak..
Cik Zetti, itu bukan maid saya..hahah
Itu maid abg ipar! >_<
Cepat baca buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni segera! Hehe…

syahrul nizam junaini´s last blog ..Mencipta pengaruh melalui bahasa
Tuan Syahrul, terima kasih sudi singgah!
Masih belum khatam2. Ni le masalahnya bila baca ikut mood. Sekejap pegang buku tu, sekejap pegang buku ni. Akhirnya, tak habis2!! >_<
Leave a reply