*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Walaupun Cik Yut dah berjaya menyusukan Azzalea untuk 1 tahun 5 bulan (sasarannya hanya 6 bulan!!), tapi perasaan berdebar itu masih ada. Yelah, setiap bayi lain ragamnya. Belum tahu lagi macamana keadaannya dengan si kecil nanti. mmm.. Rasanya Cik Yut terpaksa mula balik dari kosong. Walaupun dah ada ilmu, tapi rasa macam tak cukup. Mungkin nak kena ke kelas persediaan juga nanti. Ehem..Kak Kam, nanti saya daftar, bagi separuh harga boleh??
Ni sedang dok pikir balik macamana persediaan Cik Yut masa nak menyusukan Azzalea.. mmm.. Mari kita tgk balik apa yang Cik Yut dah pernah buat dulu. Mungkin boleh digunakan semula!
Persediaan sebelum penyusuan :
1. Menetapkan minda – SAYA BOLEH MENYUSUKAN BAYI SAYA
2. Menetapkan sasaran jangka pendek – SATU HARI ADALAH SATU KEJAYAAN.
Siapa sangka, mula dengan sehari akhirnya berjaya sampai setahun!
3. Menampal segala poster berkaitan dengan penyusuan.
Masa itu duduk dengan mak. Penuh dapur mak dengan segala poster. Kat peti ais, bertampal segalanya. Belum campur lagi di dalam bilik saya.
4. Berdoa setiap hari supaya dipermudahkan urusan saya sepanjang menyusukan bayi saya nanti. Dan bila bayi dah dilahirkan, saya akan berdoa setiap pagi supaya urusan penyusuan pada hari itu dapat disempurnakan.
5. Menghadiri kelas persediaan penyusuan untuk menambahkan lagi ilmu yang ada.
6. Bercerita dengan En Lan mengenai cita-cita saya untuk menyusukan bayi yang bakal lahir.
7. Menyerahkan segalanya kepada Allah SWT kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku.
mmmm…. Rasanya ini yang saya dah buat dulu. Huuh.. Masih rasa berdebar walaupun kandungan baru je berusia nak masuk 5 bulan. Nanti Cik Yut kongsi pula persedian menyusu masa bayi dah ada ye. Ni berdasarkan pengalaman kali pertama dulu. Walaupun anak dah dua, tapi hanya Azzalea yang berjaya disusukan. Azyana tak dapat. Ok.. tak mau ungkit kisah lalu. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Azyana dah nak masuk 5 tahun dah (sekejap je masa berlalu!!)