*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Semalam masa waktu rehat hari Jumaat yang indah, di mana kaum lelaki yang beragama Islam menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, kami kaum perempuan menuju ke PERMATA, Bangi. Terima kasih atas jemputan dari Puan Asni, dari Breastfeeding Support Club (BSC) PETRONAS. Dan Cik Yut dengan senang hati telah memanjangkan jemputan ke seluruh warga Hospital Serdang. Jadi, adalah seramai 10 orang warga kerja Hospital Serdang yang menyertai talk ini.
Nasib sungguh menyebelahi kami, pagi Jumaat itu tidak ramai pesakit. Jadi temujanji sudah habis seawal jam 11 pagi. Dalam pukul 12 tenghari Cik Yut dah ajak CIk Ijah untuk ke PERMATA. heheee.. Padahal aturcara akan bermula jam 12.30 tenghari. Perut dah kami isi, jadi tiada masalah untuk berada di sana. Setiba di sana Cik Hairina dan geng Patologinya dah sampai. Mereka sedang menikmati juadah ringan yang disediakan oleh pihak penganjur. Tapi sebab Cik Yut dan Cik Ijah dah kenyang, kami ke booth yang disediakan sahajalah.
Cik Yut dan Cik Ijah
Geng Patologi. Si manis berbaju oren itu ialah Cik Hairina
Pengacara majlis – Cik Fatimah
Pengerusi untuk jawatankuasa majlis
Acara dimulakan oleh Dr Harjit Kaur, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin dari Prince Court Medical Center
Kata beliau, macamana dekatnya payudara dengan hati kita, begitulah dekatnya tugasan ini dengan beliau.
Beliau sangat mencintai apa yang beliau buat (PASSION!!)
2 orang Jururawat dari PCMC yang menunjukkan cara untuk melakukan BSE (Pemeriksaan Sendiri Payudara).
Jangan lupa untuk lakukannya setiap bulan ye!
Kak Rita!!!
Walaupun dah tahu apa isi talk dia, mahu dengar juga. Sbb kadang2 mesti ada benda baru yang akan terselit!!
Hand express – jimat lagi mudah!
Rasanya mahu mencuba secara 100% untuk si kecil nanti.
Senang, dan yang penting tak akan tertinggal di mana2!