*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Menjadi PC dalam MBfPC dan juga pengedar Shaklee pada masa yang sama bukan satu perkara mudah. PC atau Peer Counselor – tugasan saya adalah menyokong ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan. Saya terikat kepada beberapa etika dan keterbatasan. Walaubagaimanapun, keterbatasan itu tidak juga sebenarnya mengganggu tugasan saya sebagai pengedar Shaklee secara 100%. Dua tugasan ini sebenarnya mempunyai matlamat yang sama cuma caranya sedikit berbeza.
vs
Sebagai pengedar Shaklee, saya masih akan terus berkongsi kebaikan Shaklee dengan anda. Bukan setakat untuk penyusuan, bahkan untuk kehidupan anda dan sekeluarga. Adakah Shaklee hanya baik buat mereka yang menyusu sahaja? Bagaimana mereka yang tidak menyusu tetapi sedang mencari-cari supplement yang bersesuaian dengan mereka? Bagaimana pula mereka yang bukan ibu-ibu yang menyusu? Saya berlaku adil. Produk Shaklee bukan setakat untuk menyusu, ia adalah untuk kesihatan yang optimum. Apabila badan kita mencapai kesihatan yang optimum, penyusuan juga berjalan lancar. Mudah bukan. Jadi, buat mereka yang sudah menggunakan Shaklee untuk membantu penyusuan, jangan berhenti setakat itu. Teruskan menggunakan Shaklee walaupun anda sudah tidak menyusukan bayi comel anda lagi.
Bagaimana saya nak asingkan kedua-dua perkara ini? Ini bukan perkara mudah. Saya berbincang dengan rakan-rakan PC yang lain. Apa jalan terbaik buat saya? Perlukah saya mengalah? Tinggalkan satu perkara dan ambil satu perkara sahaja? Saya tidak mahu tamak, tapi saya juga tidak mahu pentingkan diri sendiri. Menjadi PC adalah pekerjaan sosial. Tiada org yang bayar saya. Dan juga tiada apa-apa bayaran bagi perkhidmatan yang aya berikan ini. Jadi, saya fikirkan satu perkara. Sekiranya anda datang kepada saya kerana masalah penyusuan, saya akan bantu anda selesaikan masalah itu. Kita akan lihat dari segi teknikal dan teori dan juga emosi. Kita lihat satu demi satu perkara apa yang menyebabkan anda mempunyai masalah dalam penyusuan anda. Hanya setakat masalah penyusuan. Kalau anda datang kepada saya bertanyakan tentang produk Shaklee, saya akan ceritakan segalanya tentang kebaikan Shaklee. Segalanya. Shaklee adalah produk yang perlu dikongsi dengan orang ramai. Mengapa saya perlu berselindung tentang kebaikannya?
Perlu diingat, dalam penyusuan, supplement bukanlah satu perkara wajib. Begitu juga dengan alatan mengepam. Ia lebih kepada alat bantuan. Selepas kita pastikan sememangnya anda sudah menjalankan perkara-perkara yang dicadangkan, supplement adalah perkara susulan. Ianya selepas itu. Macam susah nak faham kan. Tapi sebenarnya ia mudah. Apa yang saya sebutkan di sini, kita hanya perlu fikir dan fikir lagi. Berfikir secara waras tanpa melibatkan emosi, barulah kita dapat berfikir dan melihat konteks secara meluas. Berfikir dengan emosi boleh menyebabkan ruangan menjadi sempit dan kita tidak dapat menerima sesuatu itu dengan lebih baik. Jadi, fikir2 kan lah.
Sampai jumpa lagi!!