*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Patutkah saya menggelakkan diri saya sendiri? Saya ingin menyertai misi ini, tapi sehingga hari ini belum dapat satu pun berjaya dilaksanakan. huhu.. Mungkin satu, tapi boleh dikirakah??
Ini ialah masakan campak2. Tiada dalam mana2 buku. Daging cincang dimasak dgn sedikit rempah dan kicap dan sebiji telur. Nasib baik sedap. Kalau dah masak ala campak2 ni, mmg tak tau le rasanya macamana. Semuanya secukup rasa aje. Nak kata masak kicap, kicap tu sebagai pengganti garam. Tak banyak pun. Hehhe.. Saja tak nak tunjuk hasil, sbb saya tak buat hiasan pun. Usai masak, masuk saja ke dalam bekas dan letak di atas meja dan makan!
Bila tiada apa perkara nak buat (padahal banyak agenda tersusun untuk saya!) , saya cuba luangkan masa untuk membelek buku masakan saya. Dalam simpanan saya mmg ada dua buku ni saja. Tiada majalah lain, tiada buku lain. Teruk betulkan. Mungkin perlu ditambah selepas ni. Sebenarnya saya lebih banyak melihat resepi dari internet tapi disebabkan tiada pencetak, saya hanya baca sahaja, menyalinnya pun tidak (melampau juga ni!!)
Buku tulisan Jamie Oliver itu sememangnya dicadangkan oleh Mamafiza. Namun saya hanya mampu membelek-belek sahaja. Percaya atau tidak. Peti ais saya masih kosong. Dapur saya juga kosong. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sememangnya tiada. Hanya bahan asas seperti bawang, halia, asam keping dan garam. Ada lain2 juga tapi tidak begitu banyak. Malu sungguh. Anak dah nak masuk tiga, tapi masih belum berupaya ke dapur. mmm.. Sememangnya ini merupakan satu misi buat saya. Mencabar kemampuan diri sendiri. Saya tahu, ada orang tak perlu nak baca dari buku, tak perlu ke kelas untuk belajar, mampu untuk menguruskan dapur. Tapi saya orangnya yang perlu belajar apabila mahu melakukan sesuatu. Tiada yang datang semudah itu.
Setakat ini, bagi memastikan saya dapat mencapai misi ini, saya dah siap2 kupaskan bawang merah dan bawang putih. Senang. Nanti nak masak, terus tumbuk atau cincang aja. Cili kering pun dah siap dikisar. Selalunya saya beli aja cili kisar ni di kedai. Sekali sekala buat yang sendiri punya apa salahnya kan. Petang tadi di rancangan masak, Jamie ajar buat ‘ketchup’ sendiri.. Agak2 bekalan dah habis nanti, nak tak saya buat sendiri?? >_<
Operasi untuk mengisar cili
Baiklah. Diharap saya dapat melaksanakan misi ini. Masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan diri!
Sampai jumpa lagi!
One Response for "Misi dah mula….???"
[...] saja jadi misi 003. Mana misi 001 dan 002? Hahhaaa….ada aku kesah? Sebenarnya hari sangat le teringin nak masak sambal udang [...]
Leave a reply