Salam…

Cik Yut ada SGM di PETRONAS Research di Bangi. Memula Cik Yut ingat kengkawan di PETRONAS ni nak buat SGM di PERMATA. Rupanya2 di satu tempat yg Cik Yut tak pernah sampai. Tapi lepas ni kalau nak buat kat situ lagi, pasti Cik Yut tahu ke mana arahnya dan di mana.

Ini adalah SGM kali pertama di sana. Jadi kami tidak membuat anggaran berapa ramai ibu2 yang akan turut serta. Dalam fikiran dah bayangkan lebih dari sepuluh!!! heheh.. Kalau ramai macam tu, pasti Cik Yut pengsan. Akhirnya, hanya 4 org yg dapat bersama saya. Masya Allah, ampun ye. Saya tak ingat namanye. Puas saya fikir. Saya hanya ingat Cik Puan yg membawa saya ke sini, yg juga menguruskan sesi pertemuan ini iaitu Puan Asni. W/pin kami dah siapkan tajuk, tapi dek sebabkan tidak ramai org, Cik Yut hanya buat pertemuan in seringkas yang boleh. Sesi kali ni lebih kepada sesi taaruf dan menceritakan pengalaman masing2.

Cik Puan yang bertudung kuning di dalam gambar merupakan seorang ibu muda. Si comelnya baru berusia 3 bulan. Tapi disebabkan si comel lahir tak cukup berat jadinya si comel Cik Puan ni ada masalah untuk membuat sedutan (sucking) pada payudara ibunya. Jesteru itu, si comel hanya minum susu perahan ibunya. Namun begitu, si comel tadi baru sahaja dapat membuat sucking yang baik (2 minggu sebelum pertemuan ini!!). Alhamdulillah. Jadinya Cik Yut cuba memeberi galakan kepada Cik Puan tadi untuk tidak putus asa. Beliau perlu membanyakkan masa bersama si kecil terutama dalam posisi skin to skin contact, dan sentiasa bersabar sekiranya si comel belum betul2 mahu menghisap susu ibu secara terus.

Insyallah, diharap pada pertemuan akan datang lebih ramai ibu-ibu yang akan turut hadir bagi bersama berkongsi pandangan dan maklumat yang ada. Ada di antara ibu2 di sana yang inginkan pertemuan secara personal. Mungkin mereka segan untuk mengutarakan masalah mereka di hadapan org ramai. Ye, itu Cik Yut boleh usahakan. Tapi disebabkan kebanyakan masalah itu adalah sama, justeru pertemuan dalam bentuk kumpulan seperti ini dapat juga membantu ibu2 tadi untuk menyelesaikan masalah mereka. Dengan adanya pertemuan seperti ini, kita akan dapat mendengar lebih banyak cadangan dari ibu2 lain, bagaimana mereka mencari penyelesaian terhadap masalah penyusuan mereka.

Sampai jumpa lagi! >_<