Salam..

A quick update ~ petang Jumaat yang diberkati ni, Cik Yut nak berehat dan melapangkan kepala sat ~ @_@

Cik Yut pusing tgk blog sendiri.. hahhaaa.. tapi itu adalah pembalikan dari diri Cik Yut. Org kata, jadi diri sendir. Sbb itu blog pun pusing dan pening macam tuannya. Semuanya nak duduk kat situ. Ye lah. Kalu satu blog pun tak termampu nak urus, bagaimanakan pula 2-3. Tapi Cik Yut mmg ada 2,3 blog lain. Mmg sepi. Nak buat macamana. Seharian ada saja perkara yg nak dibereskan. 24 jam itu terlalu pendek rasanya. Kat tempat kerja, 8am-5pm Cik Yut dah bagi tumpuan sepenuhnya utk kerja. Tiada kerjaan yg dibawa pulang. No-No. Cukuplah anak2 ditinggalkan di taska sepanjang tempoh itu. Tidak mampu lagi hati ni nak meninggalkan mereka. Bahkan nak mencuri masa utk menaip utk perkembangan blog sudah rasa menipu anak2. Kasihan mereka.

Cik Yut perlukan pengurusan diri dan masa yang lebih baik. Supaya si kecil tidak terabai. ooooh, nak mencuri masa utk melakukan penambahbaikan pun rasa tak berkesempatan. Mungkin Cik Yut perlu belajar mengorbankan masa tidur. oooh.. Sekarang ni tempoh tidur Cik Yut adalah 7 jam. Tapi kalau tak cukup tidur, akan kepenatan. Dengan keadaan diri yang tidak berapa memuaskan ni, lagilah.

mmm.. Pengorbanan harus dibuat. Demi kesejahteraan keluarga.. >_<

Sampai jumpa di post terbaru!!