ESP – Produk harus cuba
Jun 7, 2010
Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding, Healthy Life
ESP | Bantu ibu dalam penyusuan
Semenjak dua ni, Cik Yut asyik dapat panggilan yang bertanyakan tentang ESP dan Performance. Yelah, bulan puasa pun nak dekat. Jadi ramai ibu-ibu yang menyusu nak pastikan yang stok susu mereka tidak terganggu sepanjang berpuasa nanti. Makanya, post untuk hari ni kita tekankan mengenai ESP. FAQ mengenai ESP. Sebelum tu nak kredit kepada kakak saya tercinta, Kak N yang sering membantu saya dalam bab2 menulis mengenai fakta produk.

1. ESP tu apa ya?
ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protin soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.
2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
Protin sangat perlu untuk pembentukkan sel. Kandungan susuibu mengandungi protin dan pengambilan protin menggalakkan lagi penghasilan susuibu. Alfalfa turut mengandungi protin namun ada kadar yang minimum.
Kedua-dua bangus untuk membanyakkan penghasilan susu namun balik kepada budget masing-masing. Ada yang mengambil kedua2nya, tidak kurang yang mengambil salah satu sahaja.
3. Berapakah harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung termasuk postage ialah RM131 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM144.
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Jika si ibu mengambil 2 sudu besar sehari , ia boleh bertahan antara 1.5 -2 bulan untuk satu canister.
5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini.
6. Apakah perasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya.
7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, penghantaran adalah 1-2 hari bekerja.
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protin ke?
Boleh mengambil kedua2nya jika berkemampuan. Jika tidak boleh memilih salah satu mengikut budget individu.
Pengalaman Cik Yut sendiri : malam pertama Cik Yut minum ESP, payudara terus penuh dan susu terus menitik tanpa henti. Cik Yut terpaksa perah dulu dan barulah Azzalea dapat minum. Kalau tidak dia akan tersedak. Itu yang menambahkan lagi semangat Cik Yut nak menyusukan Azzalea (lepas tidak berjaya dengan Azyana). Sampai sekarang, walaupun sudah tidak menyusukan Azzalea, Cik Yut masih lagi mengambil ESP atas sebab2 kesihatan diri. Sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja dan juga makhluk Allah, Cik Yut perlukan kesihatan yang baik untuk menjalankan semua tugasan dan melaksanakan amanah yang diberi.
Walaupun kita dah ambil supplementt untuk bantu kita dalam penyususan, perlu diingat bahawa supplement sahaja tidak mencukupi. Diri kita sendiri harus sentiasa positif untuk menerima apa sahaja dugaan sepanjang proses ini. Selamat menyusu!!
ESP | Bantu ibu dalam penyusuan
One Response for "ESP – Produk harus cuba"
[...] Oh ye, buat yg belum berkenalan dgn ESP, boleh baca entry yang lepas ni. [...]
Leave a reply