*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Misi Diari Masakan | Bisakah??
Salam…
mmmm.. Sebenarnya saya berangan nak sertai cabaran Misi Diari Masakan yg dibuat oleh Mamafiza. Tapi disebabkan saya menetap di rumah mak buat sementara waktu ni, jadi saya simpan dulu hasrat. (Mak saya dah siapkan makanan ye utk saya, sbb dia yang nak siapkan – tak boleh tolak bila dapat masakan air tangan mak!!! hehehe)
Jadi, dikesempatan yg ada ni boleh le menyusun jadual apa yang nak dimasak.. Selalunya bukan hebat mana pun masakan Cik Yut. Simple sesanat. Org yang tak pandai masak pun pandai masak. hehehe.. Tapi, org kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Selalu sgt dah Cik Yut berdali tak mau masak. Jadi, ni le masa nya Cik Yut ambil cabaran ni.
Walaubagaimana pun, Cik Yut sedar dengan kemampuan diri. Bukanlah dapat setiap hari Cik Yut nak masak. Tapi Cik Yut cuba. Kalau ada apa yg dimasak atau dibuat, Cik Yut bagitau. mmm, teringin gak nak belajar masak laksa. ehem2, Cik Yut nak roger2 jiran sebelah. Agak2 dia nak tak buat kelas utk Cik Yut.. ekkeee..
mmm.. Sebenarnya bukan tak nak masak meriah2. Tapi tukang makan takde. En Lan bukannya pemakan sgt. Letak nasi, gorengkan ayam dengan kuah singgang. Itu pun dia dah ok dah. Tapi org kata, kalau tak cuba tak tau kan. Manalah tahu, masakan air tangan isteri terchenta ni boleh buatkan dia jadi seorang yg suka makan.. hehe..
Risau plak. Sekarang Cik Yut masakk sekali sekala, perut dia dah naik dah. Kalau Cik Yut selalu masak macam Mamafiza, mau gak perut En Lan naik lagi tinggi. ahahahaa.. Kena anta En Lan pi gym la lepas nih.. ekkkeee… hehhee.. gelak besar daku!!! Ok lah.. mau layan Azyana yg dah kesepian. Hari2 dah tanya ayah dia mana..
Misi Diari Masakan | Bisakah??
6 Responses for "Misi Diari Masakan"
Salam sayang buat bonda anggun Cik Yus >_<
Jutaan terima kasih kerana sudi mempertimbangkan untuk turut serta dalam misi penuh kasih sayang buat keluarga ini, saya amat menghargainya.
Jangan bimbang, kita tetapkan cabaran mengikut kemampuan masa yang kita miliki, jika telah stabil kita boleh tambah jumlah resipinya kemudian hari. Insya-Allah
Mohon jaga dirimu yang comel itu sayang! *pelukan rindu!*
Cik Mamafiza, terima kasih!
Saya akan berusaha sebaiknya!!
hehe.. boleh ja.. silalah roger bila nak belajar… nak minta tolong masakan pun boleh..demi ibu mengandung… heehee
heheh.. asik minta masak je.. malu lah..
tebal sudah muka ku ini..
kena gak blaja. asik buat nasi ayam je (tapi tak jugak pandai!!)
nanti bila kita dua free aar…
bestnye klu pandai masak..
[...] saya menggelakkan diri saya sendiri? Saya ingin menyertai misi ini, tapi sehingga hari ini belum dapat satu pun berjaya dilaksanakan. huhu.. Mungkin satu, tapi boleh [...]
Leave a reply