*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Sepupu Cik Yut, Sumi ajak pi tgk. Ni pun sbb IR dia gi outstation. Kalau tak, takde la dia nak ajak. Dia dapat tiket free. Mmg sokmo pompuan ni dapat tiket free. Korang nak?? Rerajin le buat post utk Nuffnang. Insyallah boleh dapat.
Al maklum le duk umah mak, budak2 mmg dah siap le penjaganya. Jadi, senangle sikit. Tak perlu pikir mana nak hantar diorang. heheh.. Lagi pula, bukannya selalu dapat p outing camni.. heheh…
Cerita ni pasal SENJATA AJAIB yang dapat mengubah masa silam..Watak utamanya ialah Prince DASTAN bersama dengan Princess Tamina. Prince of Persia: The Sands of Time yang dihasilkan pada 1988 oleh Jordan Mechner digarap daripada permainan video paling popular pernah diciptanya. Cik Yut mmg selalu main permainan ni dulu. Pernah sekali rasanya dapat selamatkan Princess tu. Lepas tu bukan main susah nak sampai kat tahap terakhir tu. Asyik mati je. Haha.. Teringat la permainan tu. Melompat sana, melompat sini. Main pedang. Samalah macam dalam filem ni!
Filem ini mengisahkan Dastan seorang anak jalanan yang diambil menjadi anak angkat oleh Sultan. Tapi satu hari Dastan ni dituduh membunuh Sultan. Jadinya Dastan ni nak menegakkan keadilan dengan mencari pengkhianat raja, dan juga melindungi senjata khas bergelar ‘The Dagger of Time’ kepunyaab Princess Tamina.
Senjata ajaib ni mempunyai kuasa dengan membalikkan masa dan membolehkan pemiliknya menguasai dunia. Aksi2 dalam filem ni begitu ‘mengujakan’ di mana pelakon-pelakon iaitu Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton dan Ben Kingsley sangat-sangat berwibawa membawakan setiap watak yang diberi. Walaupun banyak aksi komedi, ia diselit juga dengan humor. Jadi tidak le rasa tension sangat bila tgk cerita ni. Tapi yang pasti, korang tak kelip mata bila tgk cerita ni. Rasa takut ada tertinggal mana2 aksi yang menarik.
Ok lah.. sampai sini dulu ye.
p/s : Bila nak balik Bangi nih???