*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam..
Dah lama tak cerita2 pasal dua beradik ni, Si Minah Loteh dan Si Nandik. Apa la khabar mereka berdua ni kan? heheheee.. Yg Si Nandik tu, makin hari makin semangat. Dah nak jadi bambam gitu. Yang Si Minah Loteh tu, badannya tak mahu le naik, tapi mulutnya tu.. MasyaAllah, makin ligat. Letih maknye nak melayan dua beradik ni.
Dua beradik ni suka lah sgt pi taman. Tapi, apakan daya. Mak dia tak larat. Kalau petang yg redup dan sepoi2 bahasa gitu, boleh le mak dia nak bawa. Tapi kalau petang tu nampak terik dgn pancaran matahari yg garang tu, alamatnya, kirim salam ajelah pada buaian dan gelongsor kat taman tu. Mak diorang ni pun selalu bersyukur sbb dua beradik ni tak merengek2 atau tak berguling2 kat lantai kalau mak dia tak bagi gi taman.
Ada satu kali tu kawan Si Minah Loteh ni dtg umah :
Kawan : Marilah pegi taman!
SML : Tak boleh. Mak kita tak bagi keluar
Kawan : Nape mak awak tak bagi. Mak kita bagi je kita main kat taman.
SML : Sbb mak kita tak bagilah. Kita ikut cakap mak kita
Ekkeee..sejuk tak perut mak dia…
Eleeeh, ni Si Minah Loteh ni tunjuk baik je. Padahal dia syok tgk TV kat atas. hahahaaaa
Cakap pasal Si Nandik, percakapannya belum butir lagi. Ada masa dia suka ulang ayat org lain yg bercakap dgn dia. Tapi kalau sebut beberapa perkataan ni,
Mak : Cakap apa dik?
SN : Acih Bu!
Mak : I love you adik!
SN : I love you Bu!
Mak : Sayang adik!
SN : Sayang Ibu!
heheh…comel le sesangat bila dgr suara dia. Tapi sila jgn dgr waktu dia dlm mood menjerit. Nyaring kemain, sakit telinga.
Ehh..ni apa pulak buat dalam gelap nih??
Ooooh…dok layan TV rupanya..
Sama besar je kan Si Nandik tu dgn kakak dia.. ish ish ish.. Mana tak besar. Makan kuat. Susu pun kuat. Dalam sejam 3-4 botol penuh boleh abis.. Sabar je lah!!!
Salam…
huhuhu…bila ibu mengandung ni berkemas, semua rasa nak dibuang lah, dicampaklah.. Ada je yg tak kena dgn pandangan ibu mengandung ni. Tapi, bukan sepanjang masa ye Cik Yut boleh mengemas. Kemas sket dah penat, jln sket dah penat. Buat tu sket dah penat. Ni ada barang nak let go lagi. Murah aje. Harga pos mungkin dlm RM7 ke RM10. Tolonglah y e ibu mengandung yg satu ni.. >_<
1. Simple Dimple Diaper Bag
- Jarang2 sgt pakai
- Beli pada tahun 2008
- Keadaan masih baik, cuma comot sket je lah
- Ada pelapik utk tukar diaper
- Ruang dalam yg sangat luas (korang sumbat le saga benda kat dlm beg tu!)
- Rege dulu, tak ingat. Nak tolak RM30 je.
2. Baby Ok Carrier
- Masih baik. sbb tak pernah guna pun *wink*
- Tak guna sbb Azyana duduk dalam stroller je
- Nak tolak dgn hanya RM20
3. The First Years BreastmilkThaw & Warm Cup
- Beli pada 2008.
- Tak guna langsung sbb kat rumah takde paip yg mmg ada keluar air panas (heheh)
- Harga beli, tak ingat. Nak tolak Rm30 je
Kalau ada yg berminat, boleh le emailkan pertanyaan anda ke ibuaz.shoppe@gmail.com
Salam…
Lately ramai yg call, SMS, email tanya Cik Yut ada buat kelas menjahit ke tak. Yg best tu, nak jahit baju kurung la, baju melayu la, baju itu, baju ini. Huhuhu.. Ampun maaf dipinta ye. Cik Yut buka kelas pun utk jahit tudung. Selain dari tudung, yg lain tu CIk Yut baru nak belajar jahit.
Tapi masalahnya sekarang, dgn keadaan Cik Yut yg mabuk2 lagi weng ini, jgn kata nak ngadap mesin, masuk bilik jahit tu pun tak lepas2. Asal masuk 2-3 minit (setakat nak bersihkan bilik) pun dah pening loya2. Macamana nak siapkan tudung yg selambak tu. Banyak lagi projek terbengkalai. Ni kalu ambil projek riban3, mau terlingkup ni…
Meh Cik Yut list beberapa benda yg perlu disiapkan sebelum waktunya, >_< :
1. Bilik Azyana- anak dara ni dah sibuk nak tidur kat bilik sendiri. Jadi haruslah ubah bilik itu bagi lebih menarikkan…
- nak jahit langsir
- jahit cadar
- cat mengecat
2. Bilik tamu yg akan bertukar menjadi bilik berpantang nanti
- langsir
- tukar mentol kuning ke putih
3. Persalinan si kecil
- kain barut
- kain bedung
- alas tilam utk craddle (heheh..katil ni 2nd hand je, beli dari senior, tapi blum gi ambil lagi)
4. Baju kurung Azyana & Azzalea
5. Baju nursing Cik Yut – blaus (kurang2 2-3 helai gak nih)
6. Baju nursing Cik Yut – baju kurung (mmm, pun nakk 2-3 helai gak)
wakkaaakkka…panjangnya list. Apsal Cik Yut tak beli je kan. mm, tggu le smp last minute. Kalau tak boleh gak ngadap mesin tu, alamatnya kena lah pergi beli aje. Bukan apa, bila dapat jahit sendiri, rasa syoook. Mcm tudung2 yg CIk Yut jahit. W/pun tak bape comel, tetap rasa hebat sbb ia adalah hasil kerja tangan sendiri.
Buat yg teringin nak belajar tu, Cik Yut minta maaf lagi sekali ye. Mmg tak mampu la sekarang nih. Cik Yut mmg nak sgt berkongsi ilmu yg tak seberapa ni dgn kengkawan sbb Cik Yut dulu pun menuntut dari org yg tidak lokek ilmu. Mungkin kengkawan boleh contact Kak Zila : ruzila_7174@hotmail.com
Ok, smp jumpa lagi!!! >_<